◉ HEADLINES

Segala keputusan berkait Umno, BN mesti melalui MKT: Zambry

Setiausaha Agung BN menegaskan gesaan keluar Kerajaan Perpaduan perlu dibincang secara matang dalam Majlis Kerja Tertinggi

4:06 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Segala cadangan atau gesaan berkaitan hala tuju Umno dan Barisan Nasional (BN), termasuk kedudukan dalam Kerajaan Perpaduan, mesti diputuskan melalui Majlis Kerja Tertinggi (MKT), tegas Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir.

Beliau menekankan sebarang pandangan atau syor daripada ahli dan pemimpin Umno akan dibawa ke MKT bagi memastikan keputusan dibuat secara matang dan berstruktur.

“Itu pandangan beliau dalam Pemuda Umno. Beliau tahu dalam struktur parti, apa pun langkah atau syor akan diserahkan kepada MKT,” katanya, merujuk gesaan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh, supaya UMNO keluar daripada Kerajaan Perpaduan untuk menjadi pembangkang.

Zambry yang juga Menteri Pendidikan Tinggi berkata demikian selepas menghadiri program Back To School Parlimen Lumut di Manjung, hari ini.

Semalam, Akmal dalam ucapan di Konvensyen Khas Pemuda UMNO di WTC Kuala Lumpur menggesa UMNO segera membentuk penyatuan dengan PAS, berpaksikan komitmen menjaga agama dan bangsa melalui gabungan dua parti Melayu terbesar negara.

Namun, Zambry menegaskan struktur parti jelas — segala keputusan besar mesti melalui MKT, bukan dibuat secara individu. – 4 Januari, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related