◉ HEADLINES

PM pertahan kenaikan gaji hakim, 10 tahun tidak disemak

Anwar bagaimanapun mengingatkan rakyat juga berhak mempersoalkan imbuhan dan kenaikan penjawat awam kerana kualiti perkhidmatan mesti mencerminkan kenaikan tersebut

12:25 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, gaji hakim mahkamah dinaikkan selepas 10 tahun tiada kenaikan.

“Ada yang bertanya kenapa naik mendadak sehingga 30 peratus? Kerana 10 tahun sejak 2015 tidak ada kenaikan tahunan, tidak ada kajian semula,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Amanat Tahun 2026 pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya, hari ini.

Menyentuh mengenai kenaikan gaji penjawat awam, Anwar berkata, ia dibuat kerana ada keperluan.

Beliau berkata, tanggungjawab penjawat awam juga sudah bertambah selain gaji yang diterima hanya sekadar memenuhi keperluan keluarga.

“Penjawat awam bila dah naik gaji, dah fikir kereta baharu, televisyen baharu, isteri baharu… Penambahan itu menyebabkan kos tambahan keseluruhannya RM18 bilion.

“Ini bukan kerana tuntutan penjawat awam (sebaliknya) kerana kita lihat tanggungjawab bertambah dan (selama) 12 tahun diakui gaji semua ini hanya memenuhi hak sebagai ketua keluarga… (jadi) saya mulakan dengan memberikan keadilan kepada rakan penjawat awam,” katanya.

Beliau bagaimanapun mengingatkan rakyat juga berhak mempersoalkan imbuhan dan kenaikan penjawat awam kerana kualiti perkhidmatan mesti mencerminkan kenaikan tersebut.

“Ini termasuk pada Jemaah Menteri. Harus mulakan jawapan-jawapan surat deraf awal itu (menggunakan teknologi) AI kemudian kita berikan input peribadi untuk memperbaiki, untuk membetulkan. Ini akan menjimatkan masa dan juga meningkatkan kualiti,” katanya.

Selain itu, katanya, sistem digital perlu dimulakan secara serius bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan awam. – 5 Januari, 2026

Topics

 

◉ Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

◉ Related