◉ HEADLINES

Pelaksanaan e- invois dilanjutkan setahun lagi untuk syarikat dengan nilai jualan bawah RM5 juta

2:55 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan melanjutkan tempoh peralihan pelaksanaan e-invois tanpa penalti selama setahun bagi syarikat dengan nilai jualan RM1 juta hingga RM5 juta, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Perdana Menteri juga, bagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang baru ditubuhkan, mereka akan menikmati penangguhan cukai perkhidmatan ke atas sewaan selama setahun.

Sebelum ini pengecualian cukai perniagaan adalah bagi perolehan tahunan RM500,000 hingga RM1 juta.

“Kita dengan ini memutuskan supaya dikecualikan atas PMKS dengan nilai jualan tahunan dari RM500,000 ke RM1 juta dan sekarang pengecualiannya sehingga RM1.5 juta,” katanya dalam Perutusan Tahun Baharu 2026, hari ini. 

Anwar turut mengumumkan cukai perkhidmatan ke atas sewaan bagi PMKS akan dikurangkan kepada enam peratus daripada lapan peratus sebelum ini.

Pada Julai 2025, cukai sebanyak lapan peratus itu dikenakan melibatkan sewaan premis bukan kediaman seperti pejabat, gudang dan aset komersial.

“Tentang cukai perkhidmatan ke atas sewaan, ini memang jadi masalah kerana dari kosong naik lapan.

“Setakat ini saya hanya mampu mengurangkan kepada enam peratus dengan kehilangan pendapatan hampir setengah bilion ringgit setahun,” katanya.

Pada Julai 2025, cukai sebanyak lapan peratus itu dikenakan melibatkan sewaan premis bukan kediaman seperti pejabat, gudang dan aset komersial. – 5 Januari, 2025

Topics

 

◉ Hangat

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Education Ministry scraps teacher training system to lighten workload

Minister Fadhlina Sidek vows to help teachers focus on what matters most – teaching – as new curriculum changes approach

What the pork!? – Rocky Bru

Rocky Bru reflects on a surprise in-flight warning about Malaysia’s pork import ban, tracing its public health roots and the politics of pig farming through a seasoned traveller’s lens

◉ Related