◉ HEADLINES

Shafiq Halim dakwa Ketua Bahagian Bersatu bahagian terima aset, wang bernilai RM1.1 juta

Shafiq mendakwa maklumat mengenai perkara itu terkandung dalam satu dokumen lejar yang mendedahkan mengenai rekod transaksi kewangan

5:15 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang Ketua Bahagian Bersatu didakwa menerima wang dan aset mewah bernilai RM1.1 juta daripada sebuah syarikat yang terlibat dengan program Jana Wibawa.

Dakwaan berkenaan dibuat oleh Ketua Penerangan Bersatu bahagian Hulu Langat, Mohamad Shafiq Abdul Halim yang mendakwa maklumat mengenai perkara itu terkandung dalam satu dokumen lejar yang mendedahkan mengenai rekod transaksi kewangan.

Beliau memberitahu, dalam dokumen berkenaan, antara yang direkodkan ialah pemberian wang tunai berjumlah RM774,500, dua unit telefon bimbit berjumlah RM15,000, dua komputer riba bernilai RM10,000, sebiji kenderaan jenama tempatan dan sebuah kereta mewah termasuk insurans dan cukai jalan.

“Pada 4 Januari yang lepas, saya ada menjumpai sebuah lejer yang ditunjuk daripada sebuah syarikat yang terlibat dengan program Jana Wibawa, di mana ada seorang Ketua Bahagian yang didakwa menerima wang dan juga aset mewah daripada syarikat ini berjumlah RM1.1 juta.

“Saya sendiri akan membuat laporan polis serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan menyerahkan dokumen itu bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan berkaitan kemungkinan ada pecah amanah ataupun rasuah,’’ katanya dalam satu sidang media di sebuah restoran di sini, hari ini.

Beliau memberitahu, dokumen itu dipercayai daripada sebuah syarikat yang terlibat dengan Program Jana Wibawa yang ketika ini sedang dibicarakan di mahkamah.

“Daripada lejar ini, kalau kita tengok ada beberapa nama yang disebut, yang memang ada sangkut-paut dengan kes yang sedang dibicarakan sekarang ini

Pendedahan itu, ujar beliau dibuat bagi menjaga integriti parti dan memastikan perjuangan politik Bersatu bebas daripada sebarang unsur rasuah.

Projek Jana Wibawa dilaksanakan semasa pandemik Covid-19. – 6 Januari, 2026

Topics

 

◉ Hangat

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Egypt’s prestigious Al-Azhar University’s admittance of a non-Muslim student could serve as an example to learn from – Hafiz Hassan

Despite being an Islamic institution with rigorous requirements, the school made an exception to its rules in 2017

Jana Wibawa: Muhyiddin’s trial continues as appeals court rejects bid to reinstate acquittal

Five-judge panel dismisses Bersatu president’s application to review findings which led to four charges related to RM232.5 mil in bribes being reinstated in Feb

◉ Related