◉ HEADLINES

17 pengarah syarikat ditahan reman, disyaki terlibat rangkaian kartel perolehan Tentera Darat

Semua suspek yang terdiri daripada sembilan lelaki dan lapan wanita berusia lingkungan 20 hingga 60-an ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Putrajaya

7:41 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan reman 17 pengarah syarikat kerana disyaki terlibat dalam rangkaian kartel tender perolehan Tentera Darat.

SPRM dalam satu hantaran di TikTok rasminya juga memberitahu, perintah reman selama lima hari sehingga Sabtu ini dikeluarkan Majistret Ezrene Zakariah selepas permohonan dibuat agensi tersebut di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi.

“Semua suspek yang terdiri daripada sembilan lelaki dan lapan wanita berusia lingkungan 20 hingga 60-an telah ditahan di antara 8.30 pagi hingga 11.30 malam semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Putrajaya.

“Siasatan awal mendapati kesemua suspek disyaki membayar wang rasuah kepada pegawai kanan Tentera Darat Malaysia (TDM) sebagai balasan untuk mendapatkan projek-projek pembekalan dan penyelenggaraan dengan TDM,’’ katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan, Datuk Zainul Darus ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 16(b) Akta SPRM 2009.

Kesemua mereka ditahan reman selama lima hari sehingga 10 Januari ini. – Gambar SPRM, 6 Januari, 2026

Pada 29 Disember lalu, SPRM telah menyita enam akaun bank dipercayai milik seorang pegawai kanan Tentera Darat dan ahli keluarganya bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan perolehan projek Tentera Darat Malaysia.

SPRM juga telah menggeledah pejabat Tentera Darat di Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan kediaman rasmi suspek dari 5 petang hingga 12 tengah malam pada 27 Disember lepas.

Sementara pegawai kanan tersebut sepatutnya hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM pada 28 Disember 2025, namun beliau telah dikejarkan ke hospital dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada tarikh berkenaan. – 6 Januari, 2025

Topics

 

◉ Hangat

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Egypt’s prestigious Al-Azhar University’s admittance of a non-Muslim student could serve as an example to learn from – Hafiz Hassan

Despite being an Islamic institution with rigorous requirements, the school made an exception to its rules in 2017

Jana Wibawa: Muhyiddin’s trial continues as appeals court rejects bid to reinstate acquittal

Five-judge panel dismisses Bersatu president’s application to review findings which led to four charges related to RM232.5 mil in bribes being reinstated in Feb

◉ Related