◉ HEADLINES

Skandal rasuah babit ATM paling serius, skala ‘sangat besar’: Azam

Ketua Pesuruhjaya SPRM berkata kes membabitkan pegawai berpangkat tinggi ATM disifatkan antara paling serius dalam sejarah siasatan agensi itu

1:17 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Skandal rasuah membabitkan pegawai tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) disifatkan sebagai antara yang paling serius pernah disiasat, dengan skala yang “sangat besar” kerana melibatkan individu berpangkat tinggi.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, menegaskan isu ini tidak boleh dipandang ringan.

“Cuba anda bayangkan betapa besarnya masalah itu berdasarkan pangkat mereka yang terbabit. Ia sememangnya sangat besar,” katanya selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara SPRM dan HELP University serta Pelancaran Siri Forum Tadbir Urus dan Integriti 2026 di sini, hari ini.

Menyentuh mengenai tindakan menyambung reman bekas Panglima Tentera Darat (PTD) bersama dua isterinya yang ditahan SPRM, Azam menjelaskan keputusan itu bergantung kepada keperluan siasatan.

“Saya tidak boleh mengesahkan perkara itu buat masa ini kerana masih berbaki satu hari. Saya perlu menyemak dengan pegawai penyiasat.

Kita mempunyai tempoh maksimum 14 hari reman. Jika esok genap tujuh hari dan siasatan memerlukan masa tambahan, kita akan memohon lanjutan reman di mahkamah,” katanya. – 13 January, 2026

Topics

 

◉ Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

◉ Related