◉ HEADLINES

Khairy kembali ke Persidangan Agung Umno selepas dipecat pada 2023

Ini adalah penampilan pertama KJ pada PAU selepas beliau dipecat dari Umno pada 2023

10:56 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang dipecat dari parti itu pada 2023, menarik perhatian ramai apabila kembali menghadiri Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2025.

Beliau yang mengenakan baju Melayu putih lengkap bersamping merah dan bersongkok, disambut mesra oleh ahli-ahli Umno.

Turut mengiringi Khairy ialah bekas Menteri Pelancongan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Ketibaan mereka disambut dengan satu majlis ringkas, termasuk paluan gendang dan persembahan silat pendek.

Khary Jamaludin mengangkat tangan ketika ikrar dibacakan pada Persidangan Pemuda Umno hari ini. – Gambar ihsan, 15 Januari, 2026

Bekas Ahli Parlimen Rembau itu dipecat daripada Umno pada Januari 2023 atas dakwaan memperlekehkan dan mensabotaj kempen Barisan Nasional (BN) ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Beliau yang menjadi Ketua Pemuda Umno dari pada 2009 sehingga 2018, berulang kali menegaskan pendirian tidak akan menyertai mana-mana parti meskipun menerima pelawaan.

Oktober lalu, terdapat desas-desus beliau akan kembali menyertai Umno dan dikatakan sudah mendapat ‘restu’ daripada pimpinan tertinggi Umno khususnya Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Semalam, Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh mengesahkan Khairy akan menghadiri Persidangan Pemuda Umno dan menyifatkan kehadiran Khairy akan menyuntik semangat kepada pewakilan.

Akmal memberitahu, kehadiran bekas Menteri Kesihatan itu bukan sahaja dinanti-nantikan malah beliau merupakan antara tokoh penting yang sentiasa dihormati oleh sayap parti Umno itu. – 15 Januari, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Malaysia suffers RM2.7bil losses from online scams in 11 months, reveals CCID

Bukit Aman’s Commercial Crime Investigation Department highlights telecommunications and e-commerce fraud as the biggest culprits in rising cybercrime figures

Can Mutiara LRT line transform Penang’s transport, economy? Here’s an explainer

The RM13bil endeavour aims to tackle congestion, enhance connectivity, and spark economic growth across the island

Thai oil giant pulls plug on Lang Lebah as Petronas-Petros feud looms large

Once dubbed Malaysia’s ‘project of the year’, Sarawak offshore project now faces an uncertain future amid budget blowouts and state-federal oil disputes with US$1 billion cost overrun

◉ Related