◉ HEADLINES

Allahyarham Bung Moktar dibebaskan, Zizie Izette gagal gugur tiga tuduhan bersubahat

Pendakwaan tarik diri selepas bekas Pengerusi Felcra itu meninggal Disember lalu, balu masih berdepan tuduhan

10:05 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen hari ini melepas serta membebaskan Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin daripada tuduhan rasuah RM2.8 juta selepas pihak pendakwaan memutuskan untuk tidak meneruskan prosiding terhadap bekas Ahli Parlimen Kinabatangan itu.

Allahyarham, yang pernah menjawat jawatan Pengerusi Bukan Eksekutif Felcra, sebelum ini berdepan tiga pertuduhan berkait kelulusan pelaburan Felcra sebanyak RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.

Namun, permohonan representasi oleh balunya, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad, bagi menggugurkan tiga tuduhan bersubahat tidak diterima pihak pendakwaan.

Bung Moktar, 66, yang juga bekas Adun Lamag, meninggal dunia pada 5 Disember lalu di sebuah hospital di Kota Kinabalu akibat kegagalan buah pinggang serta jangkitan paru-paru.

Beliau didakwa pada 3 Mei 2019 atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM2.2 juta dan RM262,500 sebagai dorongan meluluskan pelaburan Felcra.

Kes itu dikaitkan dengan penerimaan wang daripada Perunding Unit Amanah, Madhi Abdul Hamid, melalui isterinya di Public Bank Berhad, Cawangan Taman Melawati pada 12 Jun 2015.

Selain itu, Bung Moktar turut dituduh memperoleh suapan RM337,500 daripada Norhaili melalui akaun Public Ittikal Sequel Fund (PITSEQ) atas nama Zizie Izette bagi tujuan sama.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Subseksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Zizie Izette, 47, pula berdepan tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya mengikut Seksyen 28(1)(c) Akta SPRM 2009 yang membawa hukuman penjara dan denda sama, jika sabit kesalahan. – 16 Januari, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Subsidised RON95: how cheap is Malaysia’s fuel compared to neighbours?

There has been a spate of viral videos showing vehicles from neighbouring countries such as Thailand and Singapore being filled with Malaysia's heavily subsidised RON95 petrol, indicating a blatant disregard for local laws.

[WATCH] Roblox, PS5, and online games not included in Malaysia’s under-16 social media restrictions: Teo Nie Ching

Deputy Communications Minister says phased Online Safety Act targets major social media platforms first, highlights govt’s measured rollout and parental responsibility in online safety

AFC confident ACLE fixtures will be completed despite regional disruptions

The Asian Football Confederation is closely monitoring scheduling challenges caused by regional conflicts but remains confident that all AFC Champions League Elite fixtures will be completed, with only match dates likely to change while the final venue in Jeddah stays the same

◉ Related