◉ HEADLINES

Memang ada yang datang merisik, meminang namun Umno tetap mendokong Kerajaan Perpaduan: Zahid

Umno adalah ‘tiang seri’ kepada Kerajaan Perpaduan malah apabila ia menjalinkan kerjasama, hubungan yang dibina bukan sandiwara, kata Zahid

6:40 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan parti itu tidak menagih layanan istimewa dan bukan parti pelengkap kepada mana-mana gabungan.

Sebaliknya, kata Zahid, Umno adalah ‘tiang seri’ kepada Kerajaan Perpaduan malah apabila ia menjalinkan kerjasama, hubungan yang dibina bukan sandiwara.

Kerjasama politik itu juga, katanya dijalinkan bukan dengan muslihat.

“Jangan ingat ingat Umno parti kari pullay, parti daun kari… bila nak masak dicampak dalam kuali, bila dihidang kuis ke tepi.

“Barang harus diingat, Umno adalah tiang seri kestabilan negara,’’ katanya ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden Umno pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2025 di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Para perwakilan hadir pada Majlis Pembukaan sempena Perhimpunan Agung Umno 2025, yang berlangsung dari 14 hingga 17 Januari di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, hari ini. – Gambar Bernama, 16 Januari, 2026

Dalam pada itu, Zahid turut mengingatkan bahawa parti itu menghormati semangat kerjasama dan berpegang teguh kepada keputusan kolektif.

“Melihat kepada hakikat dalam Kerajaan Perpaduan ini, tidak ada unsur tebuk atap, tidak ada usaha tarik brek… jangan risau. Ini Zahid Hamidi, kita setia.

“Jangan perkotak katik Zahid Hamidi dan seluruh kepimpinan Umno,’’ katanya.

Dalam pada itu, Zahid mendakwa ada pihak yang menawarkan Umno untuk membentuk kerajaan baharu.

Beliau bagaimanapun menegaskan Umno akan kekal bersetia bersama-sama dalam Kerajaan Perpaduan.

“Memang ada tawaran terhidang, ada yang merisik, ada yang datang cuba meminang. Namun sehingga hari ini, Umno tetap melaksanakan amanah negara dan menyokong Kerajaan Perpaduan.

“Selagi asas negara dihormati, tiada yang dimungkiri, keikhlasan tidak dikhianati, Umno akan memainkan peranan dengan penuh tanggungjawab.

“Sekalipun ribut datang melanda, pokok mungkin condong ditiup angin, tetapi akarnya tetap mencengkam bumi,’’ katanya. – 16 Januari, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Egypt’s prestigious Al-Azhar University’s admittance of a non-Muslim student could serve as an example to learn from – Hafiz Hassan

Despite being an Islamic institution with rigorous requirements, the school made an exception to its rules in 2017

Government allocates RM5.9b for AI innovation: MCMC to lead national transformation drive

Malaysia is making a major push into the artificial intelligence era, with nearly RM6 billion allocated to strengthen research, development, and innovation in emerging technologies

Could Ronaldinho lace up again? Ravenna move sparks comeback rumours

Serie C club set to clarify deal involving the former Barcelona star in Miami

◉ Related