◉ HEADLINES

Pemilihan Umno ditangguh selepas PRU16

Zahid Hamidi sahkan keputusan selaras pindaan Perlembagaan, dua jawatan tertinggi hanya diputuskan selepas pilihan raya

11:23 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pemilihan Umno yang sepatutnya berlangsung tahun ini ditangguhkan dan hanya akan diadakan selepas Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16), kata presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau mengumumkan perkara itu ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) dan Memorandum Kerjasama (MoC) sempena Ekspo Agrikomoditi Women in Halal Industri di WTCKL, semalam.

Ditanya sama ada dua jawatan tertinggi parti akan dipertandingkan, Zahid menegaskan keputusan itu juga hanya akan dibuat selepas PRU16.

“Kita tunggu selepas pilihan raya okay… kita ada tempoh 18 bulan.
Perlembagaan Umno telah dipinda iaitu selepas 18 bulan daripada tarikh akhir tahun pemilihan atau selepas pilihan raya umum… mana-mana yang dulu,” katanya.

Penangguhan ini sekali gus menutup spekulasi selepas beberapa pemimpin Umno di peringkat cawangan sebelum ini menggesa pucuk pimpinan agar tidak menangguhkan pemilihan 2026.

Zahid sebelum ini pernah menyatakan beliau terbuka jika dua jawatan tertinggi dipertandingkan, namun menegaskan keutamaan kini adalah memperkukuh parti berbanding memikirkan soal jawatan. – 17 Januari, 2026

Topics

 

◉ Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cklamovski’s tactical gamble: Is Malaysia ready for the 3-4-3 revolution? — Sandru Narayanan

Early signs are promising, but defensive frailties could test Harimau Malaya’s adaptability

Sarawak targets 5 million visitors in 2026 with domestic push amid global headwinds

Tourism board banks on discounts, festivals, and local travel demand as geopolitical and economic pressures weigh on spending

◉ Related