◉ HEADLINES

DUN Lamag kekal milik BN, Mohd Ismail menang dengan majoriti 5,681 undi

Pertandingan satu lawan satu itu menyaksikan Mohd Ismail, atau lebih dikenali dengan nama Miha, mendapat 7,269 undi manakala Mazliwati 1,588 undi

10:38 PM MYT

 

KINABATANGAN – Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag selepas calonnya, Mohd Ismail Ayob memperoleh 5,681 majoriti undi menewaskan pencabarnya, Mazliwati Abdul Malek daripada Warisan.

Keputusan itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil (PRK) Dr Eddy Syaizul Rizam Abdullah di pusat penjumlahan rasmi undi di Dewan Sri Lamag di sini malam ini.

Pertandingan satu lawan satu itu menyaksikan Mohd Ismail, atau lebih dikenali dengan nama Miha, mendapat 7,269 undi manakala Mazliwati 1,588 undi.

PRK DUN Lamag diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66, pada 5 Dis lepas.

Dalam Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 pada November lepas, Bung Moktar berjaya mempertahankan kerusi DUN Lamag untuk penggal kedua selepas memenangi saingan lima penjuru dengan majoriti 153 undi.

Eddy Syaizul Rizam juga berkata sebanyak 160 kertas undi ditolak pada PRK itu.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dan berkata perjalanan proses demokasi itu berjalan lancar tanpa sebarang gangguan.

Terdahulu, Mohd Ismail yang memakai baju kemeja T hitam hadir ke dewan itu pada 9.55 malam.

Turut hadir Timbalan Pengerusi BN Datuk Jafry Ariffin. – 24 Januari, 2026

Topics

 

◉ Hangat

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Egypt’s prestigious Al-Azhar University’s admittance of a non-Muslim student could serve as an example to learn from – Hafiz Hassan

Despite being an Islamic institution with rigorous requirements, the school made an exception to its rules in 2017

National Hockey Stadium: PSM restricts concerts to just two in April to prepare for Nations Cup

The shows will help cover the refurbishment costs for the facility

◉ Related