◉ HEADLINES

Pembangunan mesti saksama, tiada rakyat tercicir: Anwar

PM tekankan kemajuan negara bukan sekadar bangunan tinggi dan infrastruktur, tetapi kesejahteraan rakyat

11:03 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata setiap usaha pembangunan perlu dilaksanakan secara saksama agar hasil kemajuan dapat dinikmati oleh seluruh rakyat tanpa ada kelompok yang tercicir.

Beliau berkata pembangunan negara tidak wajar diukur semata-mata berdasarkan pencapaian fizikal dengan bangunan tinggi, kemajuan infrastruktur serta kemodenan prasarana, sebaliknya perlu menyentuh kehidupan serta kebajikan rakyat.

“Setiap langkah ke hadapan berpaksikan keadilan dan keperluan masyarakat.

“Segala usaha pembangunan mesti memastikan tiada kelompok yang tercicir daripada arus kemakmuran, agar hasil kemajuan dapat dinikmati secara saksama oleh seluruh rakyat,” katanya menerusi hantaran di Facebook bersempena Hari Wilayah Persekutuan hari ini.

Hari Wilayah Persekutuan disambut pada 1 Feb setiap tahun di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Perdana Menteri berkata semangat ihsan, saling menghormati dan kebersamaan yang menjadi teras Kerajaan Madani akan terus diperkukuh demi menjamin keharmonian, kestabilan dan kesejahteraan.

“Selamat menyambut Ulang Tahun Wilayah Persekutuan kepada seluruh warga Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan,” katanya. – 1 Februari, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related