◉ HEADLINES

Cadangan tawaran pengambilalihan Sunway ke atas IJM ditutup 6 April

Pemegang saham IJM yang berminat mempunyai tempoh untuk mempertimbangkan tawaran itu bermula hari ini sehingga 5 petang, pada 6 April

4:57 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Cadangan tawaran pengambilalihan oleh Sunway Bhd ke atas keseluruhan 3.51 bilion saham dalam IJM Corp Bhd akan ditutup pada 6 April ini.

Menurut Sunway, pemegang saham IJM yang berminat mempunyai tempoh untuk mempertimbangkan tawaran itu bermula hari ini sehingga 5 petang, pada 6 April.

Selain itu, syarikat berkenaan telah menamakan anak syarikat milik penuh tidak langsungnya, Fortuna Gembira Enterprise, sebagai penerima saham tawaran bagi cadangan pengambilalihan tersebut.

“Tawaran ini bersyarat kepada penerimaan sah oleh Sunway pada atau sebelum tarikh tutup, membolehkan Sunway memegang secara agregat lebih daripada 50 peratus saham undian dalam IJM,” katanya dalam makluman kepada bursa saham.

Pada 12 Januari lepas, Sunway mencadangkan tawaran pengambilalihan sukarela bersyarat untuk membeli keseluruhan 3.51 bilion saham IJM Corp Bhd pada harga tawaran RM3.15 sesaham.

“Dengan mengandaikan cadangan tawaran itu diterima sepenuhnya dan tiada pelarasan dibuat terhadap harga tawaran, jumlah pertimbangan bagi tawaran itu adalah kira-kira RM11.0 bilion, yang akan diselesaikan melalui gabungan tunai dan penerbitan saham biasa baharu dalam Sunway,” menurut Sunway sebelum ini.

Katanya cadangan tawaran itu dijangka dimuktamadkan pada suku ketiga 2026.

Pada rehat tengah hari, kaunter Sunway dan IJM, masing-masing meningkat satu sen dan dua sen kepada RM5.77 dan RM2.70, dengan 6.68 juta dan 9.85 juta saham diniagakan. – 3 Februari, 2026

Topics

 

◉ Popular

Malaysia suffers RM2.7bil losses from online scams in 11 months, reveals CCID

Bukit Aman’s Commercial Crime Investigation Department highlights telecommunications and e-commerce fraud as the biggest culprits in rising cybercrime figures

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

◉ Related