◉ HEADLINES

Dua suspek kes penemuan enam rangka manusia didakwa di mahkamah

Mereka akan dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan maksimum 40 tahun serta sebatan tidak kurang 12 kali

10:07 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dua suspek dalam kes penemuan enam rangka manusia termasuk lima beranak di sebuah rumah yang terbakar di Kangkar Pulai, Skudai bulan lalu, tiba di Kompleks Mahkamah Johor Bahru, untuk berdepan pertuduhan.

Suspek warga tempatan itu tiba pada jam 9 pagi dengan menaiki kenderaan polis.

Kedua-duanya akan dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan maksimum 40 tahun serta sebatan tidak kurang 12 kali.

Suspek dipercayai rakan kepada dua mangsa dewasa dilihat memakai pakaian biasa dengan tangan bergari secara berasingan.

Petugas media dilihat mula membanjiri kawasan Kompleks Mahkamah di sini, seawal jam 7 pagi bagi membuat liputan kes yang menggemparkan negara itu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad semalam berkata, suami kepada seorang daripada mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri pada 9 Januari lalu, setelah menemui rangka manusia ketika mencari isteri dan anak-anaknya yang dilaporkan hilang.

Susulan penemuan itu, beliau dilaporkan berkata, pasukan patologi forensik dari Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Johor menjalankan pemeriksaan dan bedah siasat ke atas rangka yang telah ditemui di rumah yang terletak dalam kebun kelapa sawit berhampiran sebuah kuil terbiar. – 4 Februari, 2026

Topics

 

◉ Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

◉ Related