◉ HEADLINES

Dividen KWSP dijangka antara 5.5 hingga 6.3 peratus

Prestasi kukuh sembilan bulan pertama dorong jangkaan dividen kompetitif, namun KWSP kekal berdisiplin dalam realisasi keuntungan dan rizab jangka panjang

4:35 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka mengagihkan dividen 2025 sekitar 5.8 hingga 6.3 peratus bagi Simpanan Konvensional dan 5.5 hingga 6.0 peratus bagi Simpanan Shariah, sejajar dengan prestasi kukuh sembilan bulan pertama tahun lalu.

Perunding Kanan Global Asia Consulting, Samirul Ariff Othman, berkata jangkaan itu adalah munasabah berdasarkan disiplin realisasi keuntungan serta keperluan rizab jangka panjang dana persaraan terbesar negara itu.

“Berdasarkan prestasi sembilan bulan dan disiplin realisasi serta rizab KWSP sendiri, jangkaan bagi dividen 2025 adalah sekitar 5.8 hingga 6.3 peratus untuk Simpanan Konvensional dan sekitar 5.5 hingga 6.0 peratus untuk Simpanan Shariah,” katanya memetik laporan BH.

Beliau menegaskan pencarum perlu memahami bahawa tidak semua keuntungan pasaran boleh diagihkan sebagai dividen, khususnya keuntungan belum direalisasi.

“KWSP menegaskan bahawa keuntungan ‘mark-to-market’, termasuk yang dipacu pertukaran asing dan belum direalisasi, tidak boleh diagihkan sebagai dividen,” katanya.

Walaupun pasaran global menunjukkan pemulihan, Samirul menjelaskan angka dividen sebenar bergantung kepada keuntungan yang benar-benar direalisasi serta keperluan menyimpan sebahagian pendapatan sebagai rizab.

“Faktor ini secara langsung mengehadkan ‘siling’ dividen, walaupun pendapatan pelaburan kelihatan tinggi di atas kertas,” katanya.

Mengenai perbezaan antara Simpanan Konvensional dan Shariah, beliau berkata kadar Shariah lazimnya sedikit lebih rendah kerana struktur pelaburan yang lebih terhad.

“Portfolio Shariah tidak mempunyai bon konvensional, kurang fleksibiliti dari segi pelindung risiko tertentu dan lebih sensitif kepada kitaran ekuiti,” katanya.

Jurang itu, katanya, mungkin kecil dalam tahun pemulihan, namun dalam persekitaran ketidaktentuan global seperti 2025, perbezaan sekitar 0.2 hingga 0.3 mata peratusan lazimnya masih wujud.

Samirul turut menolak jangkaan dividen lebih tinggi sehingga 6.5 atau 7.0 peratus walaupun prestasi sembilan bulan pertama kelihatan memberangsangkan.

“Mandat KWSP bukan memaksimumkan dividen satu tahun, tetapi memastikan kebolehmampanan pulangan jangka panjang,” katanya.

Dengan dana melebihi RM1 trilion dan populasi pencarum yang semakin matang, KWSP menurutnya sangat sensitif terhadap risiko pengagihan berlebihan.

“Dari sudut tadbir urus dana persaraan, kadar 5.8 hingga 6.3 peratus bagi Konvensional sudah berada dalam zon yang kompetitif, ‘defensible’ dan tidak mengorbankan disiplin rizab,” katanya.

Beliau menambah, KWSP sendiri telah memberi isyarat berhati-hati memasuki suku keempat kerana penilaian ekuiti global yang tinggi.

“KWSP mula mempercepat ‘mengunci keuntungan’ kerana tidak menjangkakan persekitaran pasaran hujung tahun semudah sembilan bulan pertama,” katanya.

Samirul turut menekankan jangkaan dividen KWSP adalah konsisten dengan sentimen positif daripada pengumuman dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB), namun tidak wajar dijadikan asas perbandingan langsung.

“ASB hanya memberi sentimen sokongan. KWSP jauh lebih terdedah kepada pasaran global, pertukaran asing, geopolitik dan kitaran kadar faedah antarabangsa,” katanya.

Setakat sembilan bulan pertama 2025, KWSP merekodkan pendapatan pelaburan RM63.99 bilion, meningkat 11 peratus berbanding RM57.57 bilion bagi tempoh sama tahun sebelumnya — menandakan trajektori pendapatan yang sihat. – 4 Februari, 2026

Topics

 

◉ Hangat

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

House arrests been granted before so don’t pull wool over our eyes: Shafee

Datuk Seri Najib Razak's lawyer points to precedent in Kenneth Lee's murder case, provisions in Prisons Act

Malaysia crowned Sepak Takraw World Cup champions after Thailand walkout

Malaysia shattered Thailand’s three-title streak to clinch the 2026 Sepak Takraw World Cup team regu crown in a fiery final at Stadium Titiwangsa. The clash ended in chaos when Thailand stormed off in protest, leaving more than 3,000 fans to celebrate a dramatic 2-1 victory on home soil

◉ Related