◉ HEADLINES

31 mangsa terlibat kemalangan bas, lori dan treler di Rawang

Tiada kematian dilaporkan, dua mangsa tersepit berjaya diselamatkan; operasi melibatkan 16 anggota bomba dengan jentera dari Bukit Sentosa dan Rawang

9:20 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seramai 31 individu terlibat dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres, lori dan treler di KM433 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan berhampiran Rawang, awal pagi tadi.

Setakat ini tiada kematian dilaporkan, namun sekurang-kurangnya dua mangsa tersepit berjaya dikeluarkan dari kenderaan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.12 pagi sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Sentosa serta Rawang tiba di lokasi pada 5.21 pagi.

“Bas berkenaan membawa 14 lelaki, lima wanita, tujuh kanak-kanak serta dua pemandu.

“Pemandu bas iaitu lelaki tempatan berusia 39 tahun telah tersepit dan cedera pada bahagian kaki, namun berjaya dikeluarkan anggota bomba pada 6.05 pagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menambah, pemandu lori bonded 10 tan turut dilaporkan tersepit, namun status kecederaannya belum dikenal pasti ketika operasi menyelamat dijalankan.

Menurut Ahmad Mukhlis, kelindan lori bonded berusia 39 tahun serta pemandu treler masing-masing mengalami kecederaan ringan, manakala beberapa mangsa lain turut dilaporkan cedera ringan.

Kesemua mangsa yang cedera telah diserahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan (KKM) untuk rawatan lanjut.

Operasi menyelamat melibatkan 16 anggota bomba dengan bantuan jentera Light Fire Rescue Tender (LFRT) dan Emergency Response Motorcycle (ERMS) dari BBP Bukit Sentosa, serta Fire Rescue Tender (FRT) dari BBP Rawang. — 5 Februari 2026

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

◉ Related