◉ HEADLINES

Seorang lagi ahli ‘Geng Captain Praba’ ditahan di Bangkok

Suspek ditahan berdasarkan waran tangkap Mahkamah Sesyen Sepang dan kini berdepan pertuduhan jenayah terancang, rusuhan bersenjata serta kesalahan mencederakan di Subang Jaya

3:37 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang lagi ahli kumpulan jenayah ‘Geng Captain Praba’ ditahan dalam Operasi Jack Sparrow di Bangkok, Thailand, semalam, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk M. Kumar.

Beliau berkata lelaki berkenaan ditahan berdasarkan waran tangkap yang dikeluarkan oleh Mahkamah Sesyen Sepang pada 14 Jan lalu.

Menurut Kumar, penangkapan itu dilakukan dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan di Bangkok, sebelum suspek dibawa pulang ke Malaysia.

“Suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut kerana menjadi ahli suatu kumpulan jenayah terancang dan disiasat di bawah Seksyen 130V Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kumar berkata semakan mendapati lelaki berkenaan turut disyaki terlibat dalam satu kes di Subang Jaya pada Januari tahun lalu melibatkan kesalahan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan serta memiliki senjata maut dalam rusuhan yang disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata lelaki berkenaan dituduh di bawah Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan hari ini di Mahkamah Sesyen Sepang, manakala bagi pertuduhan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan Seksyen 148 kanun sama akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) merakamkan penghargaan kepada pihak berkuasa Thailand atas kerjasama erat yang diberikan dan menegaskan komitmen berterusan dalam menegakkan kedaulatan undang-undang demi memastikan keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat diutamakan,” katanya.

Pada 1 Feb lalu, Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata pihaknya sedang giat memburu baki 15 lagi ahli “Geng Captain Praba” yang dipercayai masih bebas.

Media sebelum ini melaporkan, PDRM berjaya membawa pulang tiga individu yang disyaki ahli kumpulan sama dari Mumbai, India dan seorang lagi yang diekstradisi dari Thailand pada 31 Jan lepas.

Kumpulan jenayah terancang ‘Geng Captain Praba’ yang dikaitkan dengan pelbagai kes kekerasan dan samun bersenjata api ini adalah antara kumpulan penjenayah paling dikehendaki oleh pihak berkuasa. – 5 Februari, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Subsidised RON95: how cheap is Malaysia’s fuel compared to neighbours?

There has been a spate of viral videos showing vehicles from neighbouring countries such as Thailand and Singapore being filled with Malaysia's heavily subsidised RON95 petrol, indicating a blatant disregard for local laws.

[WATCH] Roblox, PS5, and online games not included in Malaysia’s under-16 social media restrictions: Teo Nie Ching

Deputy Communications Minister says phased Online Safety Act targets major social media platforms first, highlights govt’s measured rollout and parental responsibility in online safety

AFC confident ACLE fixtures will be completed despite regional disruptions

The Asian Football Confederation is closely monitoring scheduling challenges caused by regional conflicts but remains confident that all AFC Champions League Elite fixtures will be completed, with only match dates likely to change while the final venue in Jeddah stays the same

◉ Related