◉ HEADLINES

Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872: Ramanan

Langkah itu merupakan komitmen kementerian untuk memperkasakan jaringan keselamatan sosial bagi 3.45 juta pekerja sektor tidak formal yang kini merangkumi 21.8 peratus daripada jumlah guna tenaga negara

4:49 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan memulakan penguatkuasaan Akta Pekerja Gig 2025 (Akta 872) tahun ini yang menyediakan perundangan lebih jelas dalam mengiktiraf status serta melindungi kebajikan golongan berkenaan.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri R Ramanan berkata langkah itu merupakan komitmen kementerian untuk memperkasakan jaringan keselamatan sosial bagi 3.45 juta pekerja sektor tidak formal yang kini merangkumi 21.8 peratus daripada jumlah guna tenaga negara.

Beliau berkata melalui pindaan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 pula, kerajaan memperkenalkan Skim LINDUNG 24 Jam yang menawarkan perlindungan menyeluruh sepanjang tempoh penggajian, termasuk bagi kemalangan di luar waktu kerja.

“Prinsip tiada siapa yang ditinggalkan akan terus menjadi asas kepada dasar buruh dan perlindungan sosial negara.

“Kerajaan komited untuk memastikan bahawa pembangunan ekonomi digital negara tidak berlaku dengan mengorbankan kesejahteraan pekerja dan masa depan keluarga mereka,” katanya ketika menggulung perbahasan Titah Diraja bagi Kementerian Sumber Manusia di Dewan Rakyat hari ini.

Ramanan berkata bagi menggalakkan caruman, kerajaan melalui Belanjawan 2026 menyalurkan insentif 70 peratus caruman di bawah skim LINDUNG Kendiri untuk pendaftaran kali pertama dalam sektor belum dimandatorikan, serta 50 peratus bagi pembaharuan caruman tahun kedua secara sukarela.

Setakat 31 Dis 2025, seramai 869,913 Orang Bekerja Sendiri telah berdaftar dan mencarum secara aktif di bawah LINDUNG Kendiri, dengan 299,674 daripadanya merupakan pekerja sektor gig termasuk e-hailing atau e-panggilan. –  10 Februari, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Malaysia suffers RM2.7bil losses from online scams in 11 months, reveals CCID

Bukit Aman’s Commercial Crime Investigation Department highlights telecommunications and e-commerce fraud as the biggest culprits in rising cybercrime figures

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

◉ Related