◉ HEADLINES

Isu saham: Azam Baki digesa letak jawatan – Mas Ermieyati

Mas Ermieyati berkata, ia bagi memelihara kredibiliti SPRM dan Malaysia memerlukan SPRM yang bukan sahaja tegas, tetapi juga bersih tanpa sebarang keraguan

3:25 PM MYT

 

KUALA LUMPUR –  Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki digesa meletak jawatan sekiranya terdapat pemilikan saham yang melebihi had yang ditetapkan bagi penjawat awam atau wujud ketidakpatuhan kepada garis panduan perkhidmatan.

Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, ia bagi memelihara kredibiliti SPRM dan Malaysia memerlukan SPRM yang bukan sahaja tegas, tetapi juga bersih tanpa sebarang keraguan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah berkata, kepercayaan rakyat adalah asas kepada kekuatan institusi.

“Saya memandang serius laporan berhubung pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ini.

“Sebagai individu yang mengetuai institusi terpenting dalam membanteras rasuah dan salah guna kuasa, sebarang persoalan berkaitan pematuhan kepada peraturan perkhidmatan awam, had pemilikan saham, serta potensi konflik kepentingan tidak boleh dipandang ringan,’’ katanya dalam kenyataan hari ini.

Datuk Mas Ermieyati Samsudin. – Gambar fail Scoop, 11 Februari, 2026

SPRM dalam kenyataannya sebelum ini menafikan dakwaan bahawa Ketua Pesuruhjayanya gagal membuat pengisytiharan harta seperti yang dilaporkan oleh media antarabangsa, Bloomberg, baru-baru ini.

SPRM memaklumkan pihaknya memandang serius laporan berkenaan yang disifatkan mengandungi pernyataan mengelirukan serta tohmahan tidak berasas.

Media sebelum ini melaporkan berkenaan pendedahan Bloomberg yang mendakwa Azam memiliki 17.7 juta saham Velocity Capital Partner Bhd, sebuah syarikat perkhidmatan kewangan yang tersenarai di Bursa Malaysia.

Menurut laporan itu, pemilikan saham berkenaan adalah berdasarkan pemfailan tahunan oleh Velocity Capital kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 3 Februari tahun lalu.

Bagaimanapun Azam menegaskan pegangan saham miliknya bernilai RM800,000 dalam sebuah syarikat perkhidmatan kewangan dibuat secara telus dan mengikut prosedur.

Beliau berkata, perkara itu tidak disembunyikan dan sudah diisytiharkan sepenuhnya.

Dalam pada itu, Mas Ermieyati berkata, SPRM adalah institusi yang bergantung sepenuhnya kepada kepercayaan rakyat justeru integriti kepimpinannya mesti berada pada tahap tertinggi bukan sahaja bebas daripada salah laku, tetapi juga bebas daripada sebarang persepsi meragukan. – 11 Februari, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

◉ Related