◉ HEADLINES

Status Hamzah masih tergantung

Lembaga Disiplin Bersatu sahkan tiada keputusan dibuat setakat ini, proses dalaman diteruskan demi ketelusan

11:01 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kedudukan Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin, masih belum ditentukan apabila Lembaga Disiplin parti itu mengesahkan tiada sebarang keputusan rasmi dibuat setakat ini.

Sumber dalaman menjelaskan, lembaga berkenaan masih meneliti aduan yang difailkan dan hanya akan membuat ketetapan selepas semua prosedur dalaman dipatuhi.

“Demi keadilan, Lembaga Disiplin parti belum membuat sebarang keputusan berkenaan perkara itu (status Hamzah dalam parti). Beliau kini berada di luar negara dan tidak dapat hadir (untuk proses berkaitan),” katanya memetik laporan BH.

Sumber itu turut mengingatkan agar tiada pihak membuat spekulasi yang boleh menjejaskan suasana dalam parti, sebaliknya memberi ruang kepada proses keadilan mengikut saluran yang ditetapkan.

Isu kedudukan Hamzah, yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen, menjadi perhatian selepas timbul desas-desus mengenai perpecahan kepimpinan dalaman Bersatu. Sebelum ini, namanya dikaitkan dengan beberapa tindakan disiplin, namun pucuk pimpinan menegaskan parti kekal utuh di bawah Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Hamzah, Ahli Parlimen Larut, dilihat sebagai figura penting dalam strategi politik Perikatan Nasional (PN). Justeru, sebarang keputusan terhadap status beliau dijangka memberi kesan besar kepada hala tuju parti.

Difahamkan, empat aduan disiplin difailkan terhadap Hamzah, termasuk dakwaan gagal menghalang kenyataan menyerang Muhyiddin, mencemarkan imej parti, serta rundingan tanpa mandat dengan presiden parti komponen PN.

Hamzah juga dikatakan tidak hadir memberi keterangan pada 12 tengah hari, 8 Februari lalu, di Ibu Pejabat Bersatu, seperti yang ditetapkan dalam notis kedua bertarikh 6 Februari.

Setakat ini, media masih menunggu kenyataan rasmi daripada Pengerusi Lembaga Disiplin, Datuk Mohd Radzi Manan, atau Setiausaha Kerja parti mengenai garis masa keputusan tersebut. – 13 Februari, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related