◉ HEADLINES

Beku akaun Bersatu: Tiada bukti SPRM sengaja lambat bertindak

Suruhanjaya itu menegaskan tindakan pembekuan adalah sah dan selaras dengan undang-undang, manakala Bersatu berhujah isu itu wajar diputuskan melalui prosiding sivil kerana wang dalam akaun adalah milik parti, bukan presiden

3:15 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – ‘Maklum balas telah diberikan dalam tempoh yang munasabah’, demikian hujahan Peguam Kanan Persekutuan, Nurhafizza Azizan di Mahkamah Tinggi, menolak dakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sengaja melengah-lengahkan permohonan Bersatu meminda perintah pembekuan dua akaun bank parti itu.

Nurhafizza menegaskan tiada bukti menunjukkan SPRM bertindak untuk memudaratkan Bersatu, malah setiap permohonan telah dijawab dalam ruang masa yang wajar.

“Ketiga-tiga permohonan pindaan perintah telah dijawab oleh SPRM dalam tempoh yang munasabah. Sehubungan itu, kami menghujahkan bahawa tiada ketidakpatuhan prosedur atau ketidaksahan dalam perintah pembekuan berkenaan,” katanya hari ini.

Beliau menjelaskan permohonan pertama dikemukakan pada 27 Januari 2023, kedua pada 31 Mac, dan ketiga pada 1 Mac — dengan maklum balas diberikan pada hari sama. SPRM menolak permohonan itu kerana akaun berkenaan masih menjadi subjek siasatan.

Nurhafizza menambah, perintah pembekuan adalah wajar kerana dibuat selaras dengan undang-undang serta dalam ruang lingkup kuasa penyiasatan.

Hujahan itu dikemukakan ketika prosiding semakan kehakiman Bersatu bagi mencabar pembekuan dan penyitaan dua akaun bank parti yang dilakukan pada Januari dan April 2023.

Peguam Bersatu, Chetan Jethwani dan Rosli Dahlan, berhujah tindakan SPRM boleh dicabar melalui prosiding sivil kerana parti itu tidak didakwa di bawah pertuduhan jenayah, dan wang dalam akaun adalah milik parti, bukan presiden.

Hakim Datuk Aliza Sulaiman menetapkan 1 Mac ini untuk keputusan selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak. – 13 Februari, 2026

Topics

 

◉ Hangat

[WATCH] Roblox, PS5, and online games not included in Malaysia’s under-16 social media restrictions: Teo Nie Ching

Deputy Communications Minister says phased Online Safety Act targets major social media platforms first, highlights govt’s measured rollout and parental responsibility in online safety

AFC confident ACLE fixtures will be completed despite regional disruptions

The Asian Football Confederation is closely monitoring scheduling challenges caused by regional conflicts but remains confident that all AFC Champions League Elite fixtures will be completed, with only match dates likely to change while the final venue in Jeddah stays the same

Best results since 2013: SPM 2024 shows improvement across the board

14,179 students scored straight A’s, significantly increasing from 11,713 last year and highest number in over a decade

◉ Related