◉ HEADLINES

Hadkan tempoh jawatan PM bermula dengan saya: Anwar

Anwar berkata tempoh sedekad adalah mencukupi untuk seorang Perdana Menteri melaksanakan agenda pembaharuan dan dasar utama negara

3:44 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata cadangan undang-undang untuk mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri selama 10 tahun akan bermula dengan dirinya terlebih dahulu.

“Ya, dia bermula daripada sayalah. Maknanya, jangan saya buat undang-undang untuk orang lain. Undang-undang itu mesti terpakai untuk saya dulu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Kampung Seri Cheding di Banting, hari ini.

Anwar turut memberitahu, jika ada konsensus majoriti Ahli Parlimen maka ia boleh diluluskan dalam sidang akan datang.

“Sesiapa yang ingin berkhidmat kepada negara dengan ikhlas akan mendapati 10 tahun adalah mencukupi untuk melaksanakan tanggungjawab dengan berkesan.

“Selepas itu, jawatan itu wajar dibuka kepada rakan-rakan lain untuk meneruskan khidmat,” katanya.

Pada 5 Januari lalu, Anwar berkata, pemisahan kuasa pendakwa raya dan Peguam Negara adalah undang-undang pertama yang akan dibentangkan pada sesi Parlimen, bermula 19 Januari.

RUU berkenaan, ujar Anwar merupakan sebahagian langkah pembaharuan institusi yang sedang dilaksanakan kerajaan.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan Pengasingan Peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya dan RUU mengenai Pengehadan Tempoh Jawatan Perdana Menteri akan dibentang untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada Isnin ini.

Jelasnya, bagi pembentangan RUU Pengehadan Tempoh Jawatan Perdana Menteri kepada maksimum 10 tahun atau dua penggal, Azalina berkata tempoh perkhidmatan perdana menteri akan dikira secara terkumpul sepanjang hayat perkhidmatan, sama ada secara berturutan atau tidak.

Menurut Azalina, apabila Perdana Menteri terhenti memegang jawatan kerana sampai tempoh agregat 10 tahun, anggota jemaah menteri juga turut terhenti memegang jawatan.

Azalina berkata tempoh peralihan kuasa kepada Perdana Menteri baharu turut diperuntukkan dalam RUU berkenaan.

“Dalam tempoh peralihan sehingga Perdana Menteri baharu dilantik mengikut Fasal 2(a) Perkara 43, Perdana Menteri dan anggota Jemaah Menteri yang terhenti memegang jawatan akan melaksanakan tugas-tugas terhad berkaitan dengan pentadbiran harian kerajaan sahaja,” katanya. – 20 Februari, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related