◉ HEADLINES

Sarawak fail petisyen cabar akta petroleum persekutuan

Kerajaan negeri menegaskan tiga akta persekutuan menjejaskan hak Sarawak ke atas sumber asli, sambil membantah permohonan Petronas mendapatkan kejelasan kehakiman di Mahkamah Persekutuan

9:08 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan Sarawak hari ini memfailkan petisyen di Mahkamah Persekutuan bagi mencabar kesahihan tiga akta persekutuan berkaitan petroleum, sambil membantah permohonan Petronas mendapatkan kejelasan kehakiman berhubung operasi syarikat itu di negeri berkenaan.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, berkata petisyen itu bertujuan menentukan keberterusan pemakaian Akta Kemajuan Petroleum 1974, Akta Pelantar Benua 1966 dan Akta Perlombongan Petroleum 1966.

“Akta-akta persekutuan ini menjejaskan dan merampas hak Sarawak ke atas sumber asli, termasuk minyak dan gas, yang terdapat di dasar laut pelantar benua dalam sempadan negeri seperti ditakrifkan oleh Perintah dalam Majlis Sarawak 1954 dan 1958,” katanya dalam satu kenyataan.

Hak negeri dan bantahan

Sharifah menegaskan Sarawak berhak mempertahankan kepentingan negeri dan rakyatnya seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan serta Perjanjian Malaysia 1963.

Beliau turut menjelaskan kerajaan negeri akan membantah permohonan Petronas yang difailkan pada 10 Januari lalu, kerana menurutnya isu itu tidak terletak dalam bidang kuasa asal eksklusif Mahkamah Persekutuan.

“Justeru, kerajaan Sarawak terpaksa turut mendapatkan penentuan Mahkamah Persekutuan tentang kesahihan akta-akta persekutuan berkenaan setakat mana ia terpakai di Sarawak,” katanya.

Prosiding akan datang

Mahkamah Persekutuan menetapkan 16 Mac untuk mendengar permohonan Petronas. Hasidah berkata penentuan isu perlembagaan ini penting bagi memberi kejelasan kepada rangka kawal selia industri minyak dan gas Sarawak, khususnya kepada pelabur sektor huluan dan hiliran.

Walaupun memfailkan petisyen, beliau menegaskan kerajaan negeri kekal komited meneruskan perbincangan dengan kerajaan persekutuan bagi mencapai penyelesaian secara muafakat. – 23 Februari, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Harimau Malaya likely to lose seven players permanently despite CAS ruling: AFC

It says eligibility falsification case may trigger further disciplinary review after CAS upholds 12-month ban

◉ Related