◉ HEADLINES

Wanita ditahan, tular makan minum ketika Ramadan di ‘live’ TikTok

Tindakan seorang wanita makan dan minum secara terbuka ketika Ramadan dalam siaran langsung TikTok mencetuskan keresahan masyarakat, sekali gus mengingatkan pentingnya sensitiviti agama dipelihara

10:06 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) sedang menyiasat dakwaan seorang wanita dipercayai tidak menghormati bulan Ramadan menerusi siaran langsung di akaun TikTok miliknya pada Ahad lepas.

Pengarah JHEAINS Datuk Mohd Asri Abdullah berkata wanita berusia 27 tahun itu ditahan di Kuala Pilah semalam, dan kini disiasat di bawah Seksyen 50 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 atas kesalahan menghina atau mencela agama Islam.

Beliau berkata hasil penelitian terhadap video tular berkenaan mendapati wanita itu berinteraksi secara langsung dengan pengikutnya kira-kira 6.45 petang.

“Semasa siaran langsung itu, individu berkenaan didapati secara terbuka makan dan minum,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd Asri berkata orang ramai khususnya umat Islam dinasihatkan supaya lebih peka terhadap sensitiviti agama serta memuliakan Ramadan dengan mengamalkan sikap dan tingkah laku terpuji selaras dengan tuntutan agama Islam.

Beliau berkata JHEAINS komited memastikan setiap urusan berkaitan umat Islam di negeri ini diurus dengan tertib, penuh hikmah dan berlandaskan syariat Islam serta undang-undang yang berkuat kuasa.

Terdahulu, tular di media sosial memaparkan seorang wanita didakwa minum air secara terbuka ketika berinteraksi bersama pengikutnya ketika sedang bersiaran langsung (live) menerusi TikTok. – 25 Februari, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Of Chinese gangs, a M’sian ex-deputy minister, and Burmese rebels: KL event ensnared in Myanmar scam centre?

Human rights group reveals event at JW Marriott for controversial Dongmei Zone, which allegedly sourced billions of ringgit in investments from prominent individuals, and reported by Chinese human trafficking victim to be rife with crime, drugs, brothels

Malaysia suffers RM2.7bil losses from online scams in 11 months, reveals CCID

Bukit Aman’s Commercial Crime Investigation Department highlights telecommunications and e-commerce fraud as the biggest culprits in rising cybercrime figures

◉ Related