◉ HEADLINES

Waspada akaun media sosial palsu guna ‘suara’ Agong

Semakan di TikTok mendapati terdapat dua video dimuat naik menerusi akaun yang menggunakan imej dan suara seakan-akan milik Sultan Ibrahim

8:15 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pejabat Media dan Komunikasi Keluarga Diraja Johor (Royal Press Office) mengesan pelbagai akaun video palsu di platform media sosial TikTok menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi meniru suara Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Menerusi hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini, Royal Press Office memaklumkan kandungan akaun itu memaparkan suara Seri Paduka Baginda yang kononnya berkaitan bantuan kewangan kepada orang ramai sempena Ramadan.

“Orang ramai dinasihatkan berwaspada dan tidak mudah terpengaruh dengan akaun palsu ini yang sering digunakan oleh scammers untuk tujuan penipuan di platform media sosial.

“Royal Press Office ingin menegaskan bahawa penyamaran dan penyalahgunaan identiti satu kesalahan di sisi undang-undang,” menurut hantaran itu.

Semakan di TikTok mendapati terdapat dua video dimuat naik menerusi akaun yang menggunakan imej dan suara seakan-akan milik Sultan Ibrahim. – 25 Februari, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Harimau Malaya is TMJ’s vision: CEO

Rob Friend describes Johor Crown Prince as 'the visionary' behind Harimau Malaya’s heritage player initiative

◉ Related