◉ HEADLINES

Lima sekeluarga rentung dalam kebakaran dalam rumah di Raub

9:32 AM MYT

 

KUALA LUMPUR –  Kebakaran yang berlaku di sebuah rumah di Kampung Pamah Kulat, Raub, awal pagi tadi telah mengorbankan lima sekeluarga termasuk tiga anak perempuan.

Balai Bomba dan Penyelamat Raub dalam kenyataan di Facebook berkata, pihaknya bergegas ke tempat kejadian pada jam 3.45 pagi.

Menurut Bomba, mangsa terdiri daripada suami, isteri dan tiga anak perempuan.

“Setibanya di lokasi didapati terdapat kebakaran melibatkan sebuah rumah anggaran keluasan 40 x 30 kaki persegi jenis binaan separuh kekal, tiga biji kereta dan tiga biji motosikal.

“Pasukan bomba menggunakan satu aliran hos sepanjang 200 kaki dan menggunakan sumber air dari dua pancutan air tangki pam jentera. Operasi pemadaman turut dibantu oleh anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Lipis,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Raub, Mohd Shahril Abdul Rahman berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu sekitar 3.35 pagi tadi.

“Sejurus pemadaman kita menjumpai kesemua mangsa di lokasi kejadian dan dibawa ke Hospital Raub untuk tindakan lanjut, “ katanya, lapor Bernama. – 26 Februari, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

◉ Related