◉ HEADLINES

Keluarga berpengaruh didakwa lantik firma UK tekan PM dan SPRM

Polis mengesahkan siasatan di bawah Seksyen 124B Kanun Keseksaan terhadap dakwaan pertemuan sulit melalui Zoom melibatkan sebuah keluarga berpengaruh dengan firma lobi antarabangsa bagi mencatur hala tuju politik negara

1:59 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Satu skandal konspirasi luar terbongkar susulan dakwaan sebuah keluarga berpengaruh melantik firma komunikasi strategik United Kingdom (UK) bagi memberi tekanan sistematik terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, melalui rangkaian pelobi serta media antarabangsa.

Dakwaan tersebut terkandung dalam satu laporan di Balai Polis Brickfields semalam yang mendedahkan pertemuan sulit melalui aplikasi Zoom antara ahli keluarga terbabit dengan wakil firma UK itu pada Julai tahun lalu.

Firma berkenaan dikatakan mempunyai keupayaan tinggi untuk mempengaruhi dasar negara melalui rangkaian pelobi, yang mana salinan laporan tersebut kini tular secara meluas di media sosial.

Ketua Polis Negara, Khalid Ismail, mengesahkan Unit Siasatan Jenayah Terperingkat (D5) Bukit Aman kini sedang menyiasat kes ini di bawah Seksyen 124B Kanun Keseksaan atas kesalahan memudaratkan demokrasi berparlimen.

Walaupun identiti individu dan agensi media terlibat belum didedahkan, pihak polis memandang serius cubaan pihak tertentu untuk menggulingkan kerajaan dan menggugat ketenteraman awam.

Dalam satu kenyataan rasmi, beliau memberi amaran agar masyarakat tidak mengeruhkan keadaan dengan khabar angin yang tidak berasas.

“Siasatan masih diteruskan dan masyarakat dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kes sementara polis melengkapkan siasatan demi menghormati prinsip keadilan jenayah negara ini,” tegasnya.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Topics

 

◉ Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

◉ Related