◉ HEADLINES

Isu pijak al-Quran: Anwar nafi dakwaan kerajaan ‘senyap’

Kerajaan tidak berkompromi terhadap penghinaan agama, kata Perdana Menteri, sambil mengingatkan bahawa tindakan hanya diambil berlandaskan proses undang-undang, bukan tekanan media sosial

8:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak tuduhan kerajaan berdiam diri berhubung insiden memijak al-Quran, menegaskan dakwaan itu “tidak berasas sama sekali” kerana siasatan menyeluruh sedang dijalankan pihak berkuasa.

Beliau menekankan bahawa Malaysia ditadbir oleh undang-undang, bukan emosi atau persepsi media sosial.

“Negara ini ditadbir oleh undang-undang, bukan emosi dan spekulasi,” tegas Anwar dalam kenyataan malam tadi.

Perdana Menteri turut menggesa semua pihak menyerahkan sepenuhnya proses siasatan kepada pihak berkuasa dan mengelak daripada membuat kenyataan yang boleh mengganggu keharmonian awam.

Insiden ini melibatkan seorang penuntut Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) yang direman kerana disyaki menghina Islam dengan memijak al-Quran.

Polis Pahang mengesahkan kertas siasatan telah dilengkapkan, manakala reman suspek berusia 21 tahun itu disambung sehingga 3 Mac atas arahan Timbalan Pendakwa Raya.

Anwar sebelum ini pernah menegaskan Malaysia tidak akan bertolak ansur dengan perbuatan menghina atau membakar kitab suci mana-mana agama.

Malah, selepas insiden pembakaran al-Quran oleh ahli politik pelampau kanan Sweden-Denmark, Rasmus Paludan, Malaysia bertindak balas dengan mengedarkan sejuta naskhah al-Quran ke seluruh dunia sebagai mesej jelas menolak kebencian dan salah faham terhadap Islam. – 1 Mac, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Malaysia risks missing World Cup 2026 as pressure mounts for Free-to-Air broadcast deal

Analysts urge urgent government intervention to secure accessible coverage of the FIFA World Cup 2026, warning that cost barriers could sideline fans and weaken the nation’s football culture

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

◉ Related