◉ HEADLINES

Malaysia teguh bersolidariti, doakan konflik di Asia Barat berakhir

Perdana Menteri menegaskan Malaysia berdiri bersama umat Islam dan masyarakat Asia Barat susulan serangan Amerika Syarikat serta Israel terhadap Iran yang mencetuskan krisis berdarah dan ketidakstabilan serantau

2:03 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Malaysia menzahirkan solidariti penuh bersama umat Islam dan masyarakat Asia Barat yang terkesan akibat ketegangan tercetus susulan serangan Amerika Syarikat (AS) dan Israel terhadap Iran, Sabtu lalu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu hantaran di Facebook hari ini, menegaskan Malaysia mendoakan kesejahteraan semua yang terjejas, sambil menekankan harapan agar keamanan, keadilan dan kestabilan segera dipulihkan di rantau bergolak itu.

Serangan besar-besaran oleh AS dan Israel menyasarkan beberapa lokasi di Iran termasuk Tehran, dengan laporan menyebut terdapat korban awam.

Susulan itu, Iran kemudian membalas dengan melancarkan serangan misil ke wilayah Israel serta kemudahan tentera AS di Timur Tengah.

Ketegangan memuncak apabila Pemimpin Agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei, dilaporkan terbunuh dalam serangan pagi Sabtu, menurut Agensi Berita Republik Islam (IRNA). – 1 Mac, 2026

Topics

 

◉ Hangat

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Education Ministry scraps teacher training system to lighten workload

Minister Fadhlina Sidek vows to help teachers focus on what matters most – teaching – as new curriculum changes approach

What the pork!? – Rocky Bru

Rocky Bru reflects on a surprise in-flight warning about Malaysia’s pork import ban, tracing its public health roots and the politics of pig farming through a seasoned traveller’s lens

◉ Related