◉ HEADLINES

Petronas pantau rapat perkembangan di Timur Tengah

Syarikat minyak nasional itu sedang bekerjasama secara aktif dengan Kementerian Luar, Kedutaan Malaysia, kedutaan lain, pihak berkuasa tempatan serta agensi berkaitan bagi menilai situasi yang sedang berlaku

7:06 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Petroliam Nasional Bhd (Petronas) memantau dengan teliti perkembangan di beberapa kawasan di Timur Tengah dan kekal komited untuk memastikan keselamatan dan kebajikan pekerja dan keluarga serta kontraktor yang menyokong operasinya di seluruh rantau itu.

Syarikat minyak nasional itu memaklumkan sedang bekerjasama secara aktif dengan Kementerian Luar, Kedutaan Malaysia, kedutaan lain, pihak berkuasa tempatan serta agensi berkaitan untuk menilai situasi yang sedang berlaku dan mengambil langkah berjaga-jaga yang sewajarnya.

“Setakat ini, tiada laporan mengenai sebarang ancaman langsung kepada kakitangan atau aset Petronas, dan operasi diteruskan seperti biasa,” katanya dalam maklum balas melalui emel kepada Bernama.

Petronas telah memperluas operasinya dengan ketara di Timur Tengah sejak beberapa tahun lepas sebagai operator utama di Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Oman selain mengekalkan pengeluaran di Iraq.

Di Oman, anak syarikat milik penuh Petronas, PC Oman Ventures Ltd telah memeterai perjanjian konsesi dengan Kerajaan Kesultanan Oman serta OQ Exploration and Production Batinah Offshore LLC sebagai rakan kongsi bagi cari gali minyak dan gas di Blok 18.

Meliputi kawasan lebih 21,000 kilometer persegi, Blok 18 adalah kawasan cari gali luar pesisir yang besar di Timur Laut Oman, menawarkan potensi cari gali baharu yang signifikan, melibatkan pelbagai keadaan geologi, daripada perairan cetek sehingga perairan sangat dalam.

Selain itu, pada 2024, Petronas memenangi konsesi cari gali minyak dan gas bagi Blok Daratan 2 yang terletak di wilayah Al Dhafra, Abu Dhabi.

Setakat ini, harga minyak mentah Brent melonjak 4.35 peratus kepada US$81.12 setong. – March 3, 2026

Topics

 

◉ Hangat

[WATCH] Roblox, PS5, and online games not included in Malaysia’s under-16 social media restrictions: Teo Nie Ching

Deputy Communications Minister says phased Online Safety Act targets major social media platforms first, highlights govt’s measured rollout and parental responsibility in online safety

AFC confident ACLE fixtures will be completed despite regional disruptions

The Asian Football Confederation is closely monitoring scheduling challenges caused by regional conflicts but remains confident that all AFC Champions League Elite fixtures will be completed, with only match dates likely to change while the final venue in Jeddah stays the same

Best results since 2013: SPM 2024 shows improvement across the board

14,179 students scored straight A’s, significantly increasing from 11,713 last year and highest number in over a decade

◉ Related