◉ HEADLINES

Hampir RM1 bilion wang rakyat ‘hangus’ akibat kes mahkamah

Antara 2020 hingga 2025, kerajaan terpaksa membayar pampasan mencecah RM933 juta akibat kesalahan dan kecuaian pegawai serta agensi

9:10 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan terpaksa menanggung pampasan dan ganti rugi hampir RM1 bilion antara 2020 hingga 2025, berpunca daripada kesalahan, kecuaian dan tindakan salah pegawai serta agensi kerajaan.

Menteri Kewangan merangkap Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, mendedahkan jumlah keseluruhan bayaran mencecah RM933,360,633, sekali gus menimbulkan persoalan besar mengenai tahap integriti dan kecekapan pentadbiran awam.

Beliau menegaskan Putrajaya tidak akan berdiam diri.

“Sekiranya terdapat pegawai atau pihak lain yang didapati cuai dan tidak bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasnya yang menyebabkan kerugian ini, maka kementerian berkaitan hendaklah mengemukakan syor sama ada pegawai tersebut dikenakan tindakan tatatertib,” katanya dalam jawapan bertulis di Parlimen.

Anwar menjelaskan bahawa setiap kementerian yang terbabit dengan kes mahkamah diarahkan menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti punca dan kronologi kes yang memaksa kerajaan membayar pampasan.

Beliau turut menekankan bahawa surat teguran rasmi telah dikeluarkan kepada kementerian berkenaan supaya tindakan sewajarnya diambil mengikut peraturan sedia ada.

Pendedahan itu dibuat ketika beliau menjawab soalan William Leong (PH–Selayang) berhubung jumlah wang rakyat yang dibelanjakan serta langkah kerajaan mengurangkan liabiliti kewangan pada masa depan. – 4 Mac, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

◉ Related