◉ HEADLINES

Anwar tarik balik rayuan imuniti PM, diperintah bayar RM50,000 kepada Yusoff Rawther

Mahkamah Rayuan membatalkan rayuan Anwar Ibrahim untuk merujuk lapan persoalan undang-undang kepada Mahkamah Persekutuan, termasuk isu imuniti Perdana Menteri, dan memerintah beliau membayar kos kepada Muhammed Yusoff

12:10 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik rayuan untuk merujuk lapan persoalan undang-undang kepada Mahkamah Persekutuan, termasuk isu sama ada seorang Perdana Menteri mempunyai imuniti daripada tindakan saman.

Rayuan itu berkaitan saman sivil difailkan bekas penyelidiknya, Muhammed Yusoff Rawther, berhubung insiden lapan tahun lalu sebelum Anwar menjadi Perdana Menteri. Peguamnya, Sanjay Mohan, memaklumkan penarikan balik rayuan kepada Mahkamah Rayuan hari ini.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Wong Kian Kheong bersama Datuk Azmi Ariffin dan Datuk Seri Latifah Mohd Tahar kemudian membatalkan rayuan tersebut serta memerintahkan Anwar membayar kos RM50,000 kepada Muhammed Yusoff sebelum jam 5 petang, 6 April ini.

Wong menjelaskan jumlah kos ditetapkan kerana rayuan itu membabitkan dua permohonan interlokutori dan lapan persoalan Perlembagaan berkepentingan awam.

“Persoalan ini juga berkaitan kekebalan Perdana Menteri, dan ia adalah persoalan penting. Hujahan yang lengkap juga telah difailkan oleh peguam responden,” katanya.

Tahun lalu, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Anwar untuk merujuk persoalan sama kepada Mahkamah Persekutuan. Hakim Roz Mawar Rozain ketika itu menegaskan isu yang dibangkitkan bersifat spekulatif dan tidak perlu bagi pelupusan kes saman berkenaan.

“Tindakan sivil tidak membentuk suatu kehilangan kebebasan mengikut Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan… defendan masih bebas dengan kapasiti undang-undang penuh dan perlindungan prosedur yang tersedia,” katanya.

Dalam prosiding hari ini, peguam Muhammed Yusoff, Muhammad Rafique Rashid Ali, memohon kos RM150,000 atas alasan pembaziran masa mahkamah dan penukaran peguam cara.

“Pihak kami juga memfailkan hujahan bertulis berkaitan lapan persoalan perlembagaan dan mohon mahkamah menghantar satu mesej yang jelas agar tidak berlaku pembaziran masa dan kos mahkamah,” katanya. – 4 Mac, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related