◉ HEADLINES

Khaled seru bekas ahli kembali ke pangkuan parti ‘Umno bukan milik sesiapa secara peribadi’

Jika Umno diganti dengan rumah yang lain, ia tidak akan setanding apatah lebih baik

5:20 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Naib presiden Umno, Datuk Seri Seri Mohamed Khaled Nordin menyeru agar mereka yang pernah bersama parti itu supaya kembali ke pangkuan Umno, yang digambarkan sebagai ‘rumah besar’ yang didirikan untuk melindungi dan memajukan bangsa.

Menurut Khaled, perselisihan dan kekhilafan adalah sesuatu yang lumrah namun ia tidak seharusnya menjadikan Umno dimusuhi.

Hakikatnya, kata Khaled, jika Umno diganti dengan rumah yang lain, ia tidak akan setanding apatah lebih baik.

“Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah membuka ruang dan pintu seluasnya untuk mereka yang meninggalkan Umno dan seruan itu wajar disambut dengan sikap terbuka oleh semua pihak.

“Seruan berkenaan adalah daripada kesedaran bahawa Umno bukan sekadar sebuah pergerakan politik malah ia adalah benteng terpenting kelangsungan bangsa Melayu,’’ katanya dalam kenyataan hari ini.

Khaled memberitahu, sejak penubuhannya, Umno berperanan sebagai wadah yang melindungi, memajukan dan menyatukan orang Melayu.

“Umno adalah ‘rumah besar’ yang didirikan untuk melindungi dan memajukan bangsa. Ia bukan milik sesiapa secara peribadi, sebaliknya rumah untuk seluruh bangsa Melayu.

“Rumah ini telah lama menyediakan bumbung dan ruang untuk bangsa Melayu berteduh, berkehidupan dan membangun persaingan,’’ katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau memberitahu, hubungan Umno dengan orang Melayu terlalu mendalam, bagai air yang dicincang tidak akan putus.

Malah Umno juga, katanya, merupakan pelantar yang menghubungkan sebuah penjajahan dengan sebuah kemerdekaan dan mengangkat sebuah bangsa daripada kemiskinan kepada bangsa yang sejahtera serta memuliakan Islam sebagai sebuah agama berkemajuan.

“Dalam segala kebaikan dan kekurangannya, Umno tetap menjadi benteng yang melindungi serta memelihara maruah bangsa.

“Bumi mana tidak ditumpahi hujan, langit mana yang tidak menyaksikan mega mendung berarak. Namun, perselisihan tersebut tidak seharusnya menjadikan rumah ini dimusuhi,’’ katanya.

Tambah beliau, dalam segala kebaikan dan kekurangannya, Umno tetap menjadi benteng yang melindungi serta memelihara maruah bangsa.

“Rumah ini masih kukuh, bayunya masih seperti dahulu, dan hujan rintik terus dihias pelangi jua. Kami yang tertinggal masih merindui semua kenangan dahulu sebagai sebuah keluarga,’’ katanya. – 8 Mac, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Jana Wibawa: Muhyiddin’s trial continues as appeals court rejects bid to reinstate acquittal

Five-judge panel dismisses Bersatu president’s application to review findings which led to four charges related to RM232.5 mil in bribes being reinstated in Feb

Penang Sukma rugby player dies after collapsing during training in Kulim

A 21-year-old Penang Sukma rugby player died after collapsing during a training session in Kulim, with police classifying the case as a sudden death pending further investigations and a post-mortem examination

PM congratulates national team on 2026 Sepak Takraw World Cup quadrant event victory

Malaysia lifted the inaugural quadrant trophy after defeating India 2–0 in the 2026 Sepak Takraw World Cup final last night at Titiwangsa Stadium here

◉ Related