◉ HEADLINES

Tarikh lihat anak bulan Syawal pada petang 19 Mac

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja memaklumkan tarikh Hari Raya Puasa yang ditetapkan akan diisytiharkan pada malam itu juga melalui radio dan televisyen

1:53 PM MYT

 

KUALA LUMPUR: Tarikh melihat anak bulan Syawal ditetapkan pada petang Khamis, 19 Mac 2026 bersamaan 29 Ramadan 1447 Hijrah di 29 lokasi seluruh negara, menurut Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

Dalam kenyataan hari ini, pejabat itu memaklumkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa akan diisytiharkan pada malam sama melalui siaran radio dan televisyen.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengisytiharkan bahawa tarikh bagi melihat anak bulan Syawal ialah pada petang Khamis, 19 Mac 2026 Masihi bersamaan 29 Ramadan 1447 Hijrah,” menurut kenyataan itu.

Majlis Raja-Raja turut memperakui bahawa penetapan tarikh Hari Raya Puasa dibuat berdasarkan kaedah Rukyah dan Hisab.

Antara lokasi cerapan anak bulan Syawal ialah Baitul Hilal Bangunan Sultan Ismail, Pontian (Johor); Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Melaka; Baitul Hilal Telok Kemang, Port Dickson (Negeri Sembilan); Bukit Melawati, Kuala Selangor; Bukit Jugra, Banting dan Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam (Selangor); Balai Hilal Pantai Pasir Panjang, Manjong (Perak); serta Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh (Pulau Pinang).

Lokasi lain termasuk Stesen Cerapan Hilal Kampung Pulau Sayak dan Menara Alor Setar (Kedah); Bukit Besar, Bukit Geliga, Pulau Perhentian dan Balai Cerap KUSZA (Terengganu); Bukit Peraksi, Bukit Kampung Tembeling dan Menara Bangunan SEDC (Kelantan); Pusat Falak Miri, Teluk Bandung dan Bintulu (Sarawak); Balai Cerap Al-Biruni, Putatan (Sabah); Bukit Tanjong Batu, Gunung Berincang dan Menara 188 (Pahang).

Empat lagi lokasi ialah Menara Universiti Malaysia Sabah di Kampus Antarabangsa Labuan, Menara Kuala Lumpur, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dan Menara Pandang Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis (Perlis). – 9 Mac, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related