◉ HEADLINES

3 kenderaan milik aktivis Cikgu Chandra dibakar

Sebelum itu, rumah Cikgu Chandra di Puchong didakwa telah diserang sekumpulan lelaki yang memecahkan cermin kereta serta tingkap kediamannya

11:18 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tiga kenderaan milik aktivis dikenali sebagai Cikgu Chandra dibakar dalam serangan mengejut awal pagi tadi, dipercayai dilakukan sekumpulan lelaki bertopeng dan bersenjata parang.

Insiden itu didedahkan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung, melalui satu perkongsian di Threads.

“Petang tadi, tiga buah kereta dengan beberapa lelaki memakai topeng penuh dan bersenjatakan parang cuba membunuh Cikgu Chandra.

Awal pagi tadi, sekitar jam 3 lebih, mereka membakar ketiga-tiga buah kereta Cikgu Chandra. Mujur polis dan bomba sampai cepat untuk memadamkan api dan mengawal keadaan,” katanya lapor Sinar Harian.

Serangan ini bukan yang pertama. Sebelum ini, rumah Cikgu Chandra di Puchong didakwa diserang sekumpulan lelaki yang memecahkan cermin kereta serta tingkap kediamannya.

Insiden terbaru ini berlaku hanya beberapa hari selepas pendakwah bebas terkenal, Zamri Vinoth, turut diserang sekumpulan lelaki ketika berada di dalam keretanya.

Firdaus Wong menegaskan tindakan tegas perlu diambil segera terhadap pihak yang terlibat.

“Kita tidak boleh biarkan pelampau begini berleluasa. Ini negara hukum.
Hukum penghasut dan pelampau dengan segera sebelum tindakan mereka membakar negara,” tegasnya. – 10 Mac, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related