◉ HEADLINES

Zamri Vinoth mengaku tidak bersalah atas dakwaan cuba cetus kegentaran awam

Dakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 505 (B) Kanun Keseksaan iaitu kenyataan yang mendatangkan khianat awam dengan niat hendak menyebabkan atau mungkin menyebabkan ketakutan atau kegentaran awam

10:27 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Aktivis kontroversi dan penceramah bebas Zamri Vinoth mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan membuat kenyataan yang boleh mendatangkan kegentaran awam.

Tertuduh berusia 42 tahun itu membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Faezahnoor Hassan.

Zamri atau nama sebenar Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu didakwa mengikut pertuduhan membuat satu hantaran di Facebook yang boleh menimbulkan ketakutan atau kegusaran dalam kalangan orang awam pada 3 Feb lalu, berhubung satu perhimpunan membabitkan ‘kuil haram’.

Dakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 505 (B) Kanun Keseksaan iaitu kenyataan yang mendatangkan khianat awam dengan niat hendak menyebabkan atau mungkin menyebabkan ketakutan atau kegentaran awam.

Jika disabitkan boleh dihukum penjara hingga dua tahun atau denda atau dengan kedua duanya sekali. – 17 Mac, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

◉ Related