◉ HEADLINES

Malaysia-Indonesia sepakat tingkat usaha diplomasi redakan konflik di Asia Barat

Pertemuan itu membuka ruang konstruktif dalam usaha mencari titik persamaan bagi mendepani krisis di Asia Barat

8:25 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Malaysia dan Indonesia sepakat untuk mempergiat usaha diplomasi bagi meredakan konflik di Asia Barat yang kini menekan keselamatan tenaga serta kestabilan ekonomi dunia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pertemuan dengan Presiden Indonesia Prabowo Subianto hari ini membuka ruang konstruktif dalam mencari titik persamaan bagi mendepani konflik berkenaan.

“Dalam ketidaktentuan global yang kian meruncing, Malaysia dan Indonesia menegaskan keperluan memperkukuh kesepaduan serantau yang berprinsip bagi memelihara keamanan, menjamin kestabilan serta memperkukuh daya tahan ekonomi demi kesejahteraan rakyat.

“Kami sepakat untuk mempergiat usaha diplomasi bagi meredakan konflik, melindungi nyawa orang awam serta membuka ruang rundingan ke arah penyelesaian yang aman dan berkekalan,’’ katanya dalam kenyataan hari ini.

Pertemuan berkenaan berlangsung selama kira-kira dua jam.

Lawatan khas sehari itu menandakan kunjungan pertama Anwar ke Jakarta tahun ini atas undangan Prabowo, yang disampaikan semasa perbualan telefon antara kedua-dua pemimpin pada 23 Mac lepas.

Dalam pada itu, Anwar berkata, pada masa sama, kelangsungan rantaian bekalan global serta laluan perdagangan strategik termasuk Selat Hormuz mesti dipastikan tidak terjejas.

“Saya turut maklumkan terkait interaksi dengan rakan-rakan pimpinan antarabangsa sebagai usaha menyatakan solidariti, menyelaras pandangan selain meneliti dampak global, khususnya dalam aspek tenaga dan keselamatan serantau.

“Malaysia kekal dengan pendirian tegas, menolak keganasan, menjunjung undang-undang antarabangsa dan menggesa semua pihak kembali kepada jalan damai,’’ katanya. – 27 Mac, 2026

Topics

 

◉ Hangat

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Education Ministry scraps teacher training system to lighten workload

Minister Fadhlina Sidek vows to help teachers focus on what matters most – teaching – as new curriculum changes approach

What the pork!? – Rocky Bru

Rocky Bru reflects on a surprise in-flight warning about Malaysia’s pork import ban, tracing its public health roots and the politics of pig farming through a seasoned traveller’s lens

◉ Related