◉ HEADLINES

Permohonan KJ, Hishammuddin sertai Umno dibawa ke mesyuarat MT bulan depan

Mohamed Khaled berkata, pihaknya masih mengumpul permohonan dan tiada tempoh ditetapkan bagi bekas pemimpin atau ahli yang ingin menyertai semula Umno

4:10 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Permohonan bekas Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein untuk menyertai semula parti itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno, 17 April ini.

Menurut Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, keputusan permohonan itu bagaimanapun tidak semestinya diumumkan pada mesyuarat berkenaan.

“Saya akan bawa perkara ini ke dalam Mesyuarat MT atas semangat Rumah Bangsa, semangat Aidilfitri dan Ramadan. Kenyataan Presiden parti juga melihat perkara ini secara positif dan kita harap ada keputusan yang baik,” katanya, lapor Bernama.

Khairy Jamaluddin telah menyerahkan surat rayuan untuk menyertai parti itu kepada presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada 16 Mac lalu.

Khairy dipecat daripada Umno pada Januari 2023 atas dakwaan memperlekehkan dan mensabotaj kempen Barisan Nasional (BN) ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Beliau yang menjadi Ketua Pemuda Umno dari pada 2009 sehingga 2018, berulang kali menegaskan pendirian tidak akan menyertai mana-mana parti meskipun menerima pelawaan.

Januari lalu, Khairy kembali ke Perhimpunan Agung Umno 2025 (PAU) dan menyifatkan ia sebagai sesuatu yang emosional.

Sementara Hishammuddin pula sebelum ini menyatakan kesediaannya untuk kembali berjuang bersama Umno.

Beliau menyambut baik keterbukaan Zahid untuk membuka pintu kepada mereka yang digantung ataupun dipecat kembali ke ‘Rumah Bangsa’.

Dalam pada itu, Mohamed Khaled berkata, pihaknya masih mengumpul permohonan dan tiada tempoh ditetapkan bagi bekas pemimpin atau ahli yang ingin menyertai semula Umno. – 28 Mac, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Harimau Malaya’s wage disparities: a closer look at local vs naturalised player income divide

Salaries for footballers have become a hot topic in the Malaysian football community, as foreign players consistently earn more than local players in their respective clubs.

Government allocates RM5.9b for AI innovation: MCMC to lead national transformation drive

Malaysia is making a major push into the artificial intelligence era, with nearly RM6 billion allocated to strengthen research, development, and innovation in emerging technologies

Could Ronaldinho lace up again? Ravenna move sparks comeback rumours

Serie C club set to clarify deal involving the former Barcelona star in Miami

◉ Related