◉ HEADLINES

Kementerian Ekonomi akan bertemu PKS, nilai kesan konflik Asia Barat dan krisis bahan api

Sesi libat urus itu akan diadakan menjelang mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara, yang telah diaktifkan untuk menyelaras respons kerajaan terhadap situasi ketika ini

8:16 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan mengadakan pertemuan dengan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bagi menilai kesan konflik di Asia Barat dan krisis bahan api global, kata Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Menurutnya, sesi libat urus itu akan diadakan menjelang mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara, yang telah diaktifkan untuk menyelaras respons kerajaan terhadap situasi yang semakin berkembang.

“Majlis itu dijangka bermesyuarat pada Selasa dan sebarang keputusan akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet pada Rabu ini.

“Sebagai persediaan untuk mesyuarat tersebut, Kementerian Ekonomi akan berinteraksi dengan PKS bagi memahami cabaran yang mereka hadapi serta langkah yang diperlukan untuk mengurangkan kesan dan memastikan pertumbuhan berterusan,” katanya, lapor media.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru, berkata demikian ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Hari Raya anjuran pejabat Parlimennya di Johor Bahru, hari ini.

Dalam pada itu, Akmal memberitahu, kerajaan menumpukan usaha mengimbangi kebajikan rakyat, tekanan inflasi dan pertumbuhan ekonomi susulan ketidaktentuan global akibat konflik Asia Barat dengan sasaran pertumbuhan 2026 kekal pada 4.0 hingga 4.5 peratus setakat ini.

Unjuran berkenaan, katanya, mengambil kira pelbagai risiko semasa termasuk ketegangan geopolitik serta gangguan rantaian bekalan global, namun sebarang perubahan sasaran pertumbuhan ekonomi itu akan dimaklumkan oleh Bank Negara Malaysia.

“Unjuran ekonomi ini dikeluarkan oleh Bank Negara, jadi sebarang perubahan terhadap unjuran tersebut sudah tentu akan dikemas kini oleh mereka.

“Bagaimanapun, di peringkat kementerian, kami juga sentiasa memantau dan meneliti kesan jangka sederhana dan panjang daripada situasi ini, khususnya yang berkaitan dengan pertumbuhan ekonomi,” katanya.

Beliau juga memberitahu, bagi meneruskan pertumbuhan ekonomi perbelanjaan domestik perlu dikekalkan mengikut keperluan, pelaburan swasta terus dipacu serta pelaksanaan projek pembangunan kerajaan diteruskan dan berjalan seperti dirancang. – 29 Mac, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Harimau Malaya’s wage disparities: a closer look at local vs naturalised player income divide

Salaries for footballers have become a hot topic in the Malaysian football community, as foreign players consistently earn more than local players in their respective clubs.

Government allocates RM5.9b for AI innovation: MCMC to lead national transformation drive

Malaysia is making a major push into the artificial intelligence era, with nearly RM6 billion allocated to strengthen research, development, and innovation in emerging technologies

Could Ronaldinho lace up again? Ravenna move sparks comeback rumours

Serie C club set to clarify deal involving the former Barcelona star in Miami

◉ Related