◉ HEADLINES

Tiada gelombang haba tahap 2 direkodkan: MetMalaysia

Menurut data terkini, seluruh Perlis dan sembilan daerah di Kedah berada pada Tahap 1 atau status berjaga-jaga dengan suhu maksimum harian antara 35 hingga 37 darjah Celsius

10:14 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan tiada kawasan di negara ini mencatatkan gelombang haba Tahap 2 setakat 6 pagi tadi.

Menurut data terkini, seluruh Perlis dan sembilan daerah di Kedah berada pada Tahap 1 atau status berjaga-jaga dengan suhu maksimum harian antara 35 hingga 37 darjah Celsius.

Daerah yang terlibat di Kedah ialah Sik, Padang Terap, Pendang, Pokok Sena, Kubang Pasu, Pulau Langkawi, Kota Setar, Kuala Muda dan Baling.

Semalam, beberapa kawasan di Kedah termasuk Kota Setar, Kubang Pasu dan Kuala Muda menerima hujan, sekali gus memberi kelegaan kepada penduduk. Fenomena itu selari dengan fasa peralihan monsun yang lazimnya membawa hujan atau ribut petir.

MetMalaysia menjelaskan, status berjaga-jaga dikeluarkan apabila suhu harian mencecah 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut. Tahap 2 pula merujuk kepada suhu melebihi 37 hingga 40 darjah Celsius dalam tempoh sama. – 30 Mac, 2026

Topics

 

◉ Hangat

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

◉ Related