◉ HEADLINES

Pelaksanaan had umur 16 tahun untuk pemilikan akaun media sosial seawal Jun ini: Fahmi

7:30 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan meneruskan usaha mengehadkan pembukaan akaun media sosial baharu bagi kanak-kanak bawah 16 tahun dengan pelaksanaannya dijangka seawal pertengahan tahun ini.

Menurut Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, namun jika semuanya berjalan baik dan lancar, ia mungkin dimulakan lebih awal.

Kerajaan, katanya, akan memberikan tempoh secukupnya kepada platform media sosial bagi melaksanakan langkah pembersihan termasuk memastikan tiada lagi kanak-kanak bawah usia berkenaan mendaftar akaun baharu atau mengekalkan akaun sedia ada dalam platform masing-masing.

“Kita jangka (pelaksanaan had umur 16 tahun bagi penggunaan media sosial) mungkin hujung Jun, jika tidak lebih awal daripada itu. (Pelaksanaannya) tidak mustahil sekiranya semua berjalan dengan baik dan lancar, kita mungkin mulakan lebih awal,’’ lapor Bernama.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Asia-Pacific Broadcasting Union (ABU) Digital Broadcasting Symposium 2026 (DBS 2026) di sini, hari ini.

Sebelum ini, MCMC memaklumkan pihaknya sedang meneliti pelbagai kaedah pengesahan umur sebelum pelaksanaan had usia 16 tahun bagi penggunaan media sosial dikuatkuasakan pada separuh kedua tahun ini.

Menurut MCMC, pihaknya telah mengadakan sesi libat urus dengan penyedia perkhidmatan media sosial seperti Meta, Google dan TikTok bagi menentukan kaedah bersesuaian.

Pada 28 Mac lalu, Indonesia secara rasmi menyekat penggunaan media sosial untuk pengguna di bawah umur 16 tahun daripada mengakses platform digital yang boleh mendedahkan mereka kepada pornografi dalam talian, buli siber, penipuan dan ketagihan internet.

Langkah berkenaan menjadikan Indonesia sebagai negara pertama di Asia Tenggara yang melarang kanak-kanak daripada mempunyai akaun di YouTube, TikTok, Facebook, Instagram, Threads, X, Bigo Live dan Roblox. – 31 Mac, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Malaysia sees 11.1% increase in crime rate, with property offences and assaults leading the rise

The latest report reveals a spike in property crimes and assaults, while homicides and kidnapping cases show signs of improvement

◉ Related