◉ HEADLINES

Kerajaan nafi dakwaan Bloomberg berhubung siasatan pemilikan saham Azam Baki

Jabatan Peguam Negara akan mengambil tindakan selanjutnya terhadap Bloomberg terkait dengan dakwaan yang berkenaan

9:42 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Bloomberg berkaitan tuduhan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta jawatankuasa khas menangguhkan pendedahan hasil siasatan pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.

Berikutan itu, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata, Jabatan Peguam Negara akan mengambil tindakan selanjutnya terhadap Bloomberg terkait dengan dakwaan yang berkenaan.

“Selaras dengan pembentangan Jawatankuasa Siasatan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 11 Mac 2026, prosiding telah dimulakan di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

“Prosiding ini mempunyai proses dan tatacara yang perlu dipatuhi. Sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,’’ katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada Isnin, Bloomberg menyiarkan laporan mendakwa terdapat campur tangan dalam garis masa pendedahan siasatan pemilikan saham melibatkan Ketua Pesuruhjaya SPRM itu.

Pada 13 Februari lalu, jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil, mengumumkan penubuhan jawatankuasa khas menyiasat dakwaan Azam memiliki sejumlah besar saham dalam sebuah syarikat perkhidmatan kewangan.

Azam sebelum ini menegaskan pegangan saham bernilai RM800,000 dibuat secara telus dan mengikut prosedur. Beliau turut dipanggil memberi keterangan pada 19 Februari.

Jawatankuasa khas itu dipengerusikan Peguam Negara Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar, bersama Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican. – 31 Mac, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

◉ Related