◉ HEADLINES

Kerajaan adakan rundingan pastikan minyak mencukupi: Anwar

Rundingan diadakan dengan Petronas dan syarikat minyak lain bagi memastikan bekalan bahan api negara mencukupi

8:43 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan sudah mengadakan perbincangan dengan Petrolian Nasional Bhd (Petronas) dan syarikat minyak lain bagi memastikan bekalan bahan api negara mencukupi, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Perdana Menteri, isu harga bahan api adalah penting dan memerlukan fakta serta kejelasan untuk ditangani.

“Isu yang dekat di hati saya ialah harga bahan api. Kita perlu menanganinya. Kadangkala dalam pelaksanaan dasar ekonomi, ia mesti berpandukan fakta. Sebab itu kita membuat keputusan berkaitan RON95.

“Selepas berbincang dengan Petronas dan syarikat minyak yang lain, barulah kami sedar untuk masa satu bulan atau lebih, kami masih boleh membendungnya.

“Rakyat harus menjadi yang terakhir untuk dibebani dengan isu ini, kita harus menanganinya terlebih dahulu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi moderator dalam Forum Ilmuwan Malaysia MADANI Siri 9 Memacu Ekonomi Malaysia: Peranan Sektor Kewangan dan Reformasi Struktur Dalam Mendepani Ketidaktentuan Geopolitik Global di Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia, malam tadi.

Forum itu menampilkan panel terdiri daripada Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour dan Ketua Ahli Ekonomi Bank Dunia di Malaysia Dr Apurva Sanghi

Dalam pada itu, Anwar berkata ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan meskipun berdepan ketidaktentuan global yang semakin meningkat, dengan kerajaan memperluaskan langkah-langkah “Pelan B” untuk memastikan kestabilan dan pertumbuhan berterusan.

Jelasnya, asas-asas ekonomi yang kukuh, disokong oleh kejelasan dasar, kestabilan politik dan penyelarasan institusi, terus menempatkan Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang menarik.

“Terdapat daya tahan ekonomi yang jelas… (dan Malaysia) kekal sebagai (destinasi) pelaburan yang menarik, sehubungan itu, kita merangka program yang dapat menyediakan ekonomi untuk pertumbuhan.

“Di peringkat serantau, kita mampu mengekalkan kedudukan ini hasil daripada penyelarasan yang kukuh antara institusi utama, termasuk bank pusat dan Perbendaharaan, serta pengurusan ekonomi yang konsisten,” katanya.

Beliau menambah, Malaysia perlu terus melaksanakan reformasi untuk membina semula asas ekonominya dan kekal berdaya saing pada peringkat global.

“Kita perlu melakukan reformasi dan membina semula asas yang diperlukan untuk ekonomi … hal ini bermaksud membuat keputusan yang berani, walaupun tidak popular.

“Kita perlu memberikan tumpuan kepada perkara yang benar-benar membawa perubahan, tetapi jangan mengharapkan semua perubahan itu berlaku secara serentak,” katanya. – 1 April, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Worrying number of youth spending 18 hours on social media daily: MCMC 

The Malaysian Communications and Multimedia Commission has drawn attention to the substantial number of young individuals who spend extended periods online, expressing concerns about harmful aspects of specific social media platforms. 

Penang’s shores in peril: a deadly mix of climate change and coastal development”

Rising sea levels, erratic weather, and unchecked development are driving coastal erosion to alarming new heights in Penang, threatening both nature and livelihoods.

Taib Mahmud: a life of controversies and political intrigue

The diminutive and flamboyant Tun Abdul Taib Mahmud has left an indelible mark on Sarawak and the country, seeing that he was its chief minister for 33 years and later, the governor for nearly a decade.

◉ Related