◉ HEADLINES

Maxim e-panggilan kini beroperasi secara sah di seluruh negara

APAD telah menerbitkan kenyataan rasmi di halaman Facebook pada 2 Disember lalu yang menyenaraikan semua syarikat e-panggilan berdaftar yang beroperasi di Semenanjung Malaysia dan Maxim turut tersenarai dengan permit yang sah

1:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Platform e-panggilan Maxim kini beroperasi secara sah di seluruh negeri setelah menerima pengesahan rasmi daripada pihak berkuasa berkaitan.

Menurut Pengarah Maxim Malaysia, Mohd Hazwan Musley, syarikat itu telah memiliki lesen sah serta mematuhi sepenuhnya keperluan peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan (MOT), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP).

Tambahnya, pada 2 Disember lalu, APAD telah menerbitkan kenyataan rasmi di halaman Facebook yang menyenaraikan semua syarikat e-panggilan berdaftar yang beroperasi di Semenanjung Malaysia dan Maxim turut tersenarai dengan permit yang sah.

“Operasi di Sabah dan Sarawak, syarikat itu memiliki semua dokumen operasi yang diperlukan daripada Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP), serta sentiasa mengekalkan pematuhan penuh terhadap keperluan peraturan tempatan.

“Penerbitan senarai rasmi APAD telah menghapuskan sebarang keraguan mengenai status pelesenan Maxim. Kami beroperasi dengan ketelusan penuh dan pematuhan ketat terhadap peraturan pengangkutan Malaysia.

“Fokus kami kini adalah untuk terus meningkatkan kualiti perkhidmatan dan piawaian keselamatan, bagi memastikan kedua-dua pemandu dan penumpang mendapat manfaat daripada platform e-panggilan yang boleh dipercayai dan sah”, lapor Bernama.

Beliau memaklumkan, semua pemandu Maxim diwajibkan memiliki Lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV), Permit Kenderaan E-hailing (EVP) serta insurans, selain kenderaan perlu lulus pemeriksaan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) bagi menjamin keselamatan penumpang.

Maxim juga, katanya, turut meningkatkan akses pengangkutan khususnya di kawasan luar bandar, selain menyediakan peluang pendapatan fleksibel kepada pemandu tempatan serta menyokong ekonomi setempat.

Syarikat itu juga melaksanakan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) dalam bidang pendidikan, kesihatan dan kelestarian alam sekitar.

Maxim turut menawarkan ciri inklusif seperti tambang khas untuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dan perjalanan untuk wanita di kawasan terpilih. – 2 April, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

◉ Related