◉ HEADLINES

E-Waste: Ketua Pengarah JAS, timbalan dijangka dituduh esok – Azam

Azam Baki menjangkakan seorang Ketua Pengarah baharu JAS dijangka dilantik susulan pendakwaan dua pegawai tertinggi jabatan itu di mahkamah esok, namun ia terserah kepada KSN

1:21 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan timbalannya, dijangka didakwa di mahkamah esok berkaitan pengurusan sisa elektronik (e-waste).

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, Jabatan Peguam Negara telah memberikan kelulusan untuk pendakwaan tersebut.

Kemungkinan kes berkenaan, katanya akan didengar di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur.

“Persetujuan untuk pendakwaan telah diperoleh dan pertuduhan dijangka difailkan esok. Saya tidak menjangkakan sebarang masalah,” katanya.

Pada 30 Januari lalu, Ketua Pengarah JAS dan timbalannya telah direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa dan rasuah melibatkan pengurusan sisa elektronik atau e-waste yang dipercayai berlaku sejak beberapa tahun lalu.

Dalam pada itu, Azam berkata Ketua Pengarah baharu JAS akan dilantik selepas dua pegawai tinggi jabatan itu didakwa di mahkamah esok.

Azam bagaimanapun menyerahkan perkara berkenaan kepada Ketua Setiausaha Negara, namun beliau menjangkakan pelantikan baharu akan dibuat selepas pertuduhan difailkan.

“Saya serahkan perkara ini kepada Ketua Setiausaha Negara, tetapi saya menjangkakan seorang Ketua Pengarah baharu akan dilantik selepas kedua-duanya didakwa di mahkamah,” katanya. – 2 April, 2026

Topics

 

◉ Hangat

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Egypt’s prestigious Al-Azhar University’s admittance of a non-Muslim student could serve as an example to learn from – Hafiz Hassan

Despite being an Islamic institution with rigorous requirements, the school made an exception to its rules in 2017

Jana Wibawa: Muhyiddin’s trial continues as appeals court rejects bid to reinstate acquittal

Five-judge panel dismisses Bersatu president’s application to review findings which led to four charges related to RM232.5 mil in bribes being reinstated in Feb

◉ Related