◉ HEADLINES

Gagal hadir pertuduhan: waran tangkap ke atas dua anak Tun Daim, ahli perniagaan

Waran tangkap dikeluarkan selepas mereka gagal mematuhi notis Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menghadapi pertuduhan hari ini

5:28 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Mahkamah Majistret hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap dua anak bekas Menteri Kewangan Allahyarham Tun Daim Zainuddin kerana gagal mematuhi notis Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menghadapi pertuduhan hari ini.

Perintah itu dikeluarkan Majistret Illi Marisqa Khalizan selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Mahadi Abdul Jumaat, supaya waran tangkap dikeluarkan terhadap Muhammed Amir Zainuddin, 31, Muhammed Amin Zainuddin, 28.

Mahkamah turut mengeluarkan waran tangkap ke atas seorang ahli perniagaan, Josephine Premla.

Menurut Illi, mereka mengetahui mengenai notis dikeluarkan SPRM tetapi masih gagal menghadirkan diri.

“Saya percaya penama-penama ada pengetahuan mengenai notis yang dikeluarkan SPRM tetapi mereka masih gagal untuk menghadirkan diri. Pemohonan pendakwaan mempunyai merit, dengan itu waran tangkap dikeluarkan,” katanya, lapor Bernama.

Semalam, SPRM dalam kenyataan memaklumkan pihaknya akan mengambil tindakan tegas, antaranya menggerakkan Notis Merah kepada dua anak Tun Daim kerana gagal hadir memberikan keterangan sebagaimana yang diperintahkan melalui tiga Perintah Menghadiri Pemeriksaan bertarikh 13 Feb, 11 Mac dan 6 April 2026.

Josephine juga gagal hadir tanpa alasan yang memuaskan walaupun telah diarahkan berbuat demikian oleh SPRM.

Terdahulu, seorang lagi anak Allahyarham Daim, Asnida, 65, didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan tidak mengisytiharkan pegangan saham dalam lima syarikat pada 2023.

Asnida mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Rosli Ahmad.

Mengikut pertuduhan, Asnida didakwa dengan sengaja memberikan satu pernyataan bertulis bersumpah yang tidak mematuhi terma notis di bawah Seksyen 36(1)(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 [Akta 694] bertarikh 8 November 2023.

Notis itu telah dihantar kepada Asnida oleh seorang pegawai SPRM berpangkat Pesuruhjaya dan yang lebih tinggi pada 14 November 2023, iaitu dengan tidak mengisytiharkan pegangan saham seperti yang dinyatakan.

Pegangan saham itu melibatkan lima syarikat, iaitu Amiraz Sdn Bhd, Arida Farms Sdn Bhd, Kangkung Catering Sdn Bhd, Transgrade Sdn Bhd dan Gajah3 Foods Sdn Bhd. – 7 April, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Malaysia suffers RM2.7bil losses from online scams in 11 months, reveals CCID

Bukit Aman’s Commercial Crime Investigation Department highlights telecommunications and e-commerce fraud as the biggest culprits in rising cybercrime figures

Can Mutiara LRT line transform Penang’s transport, economy? Here’s an explainer

The RM13bil endeavour aims to tackle congestion, enhance connectivity, and spark economic growth across the island

Thai oil giant pulls plug on Lang Lebah as Petronas-Petros feud looms large

Once dubbed Malaysia’s ‘project of the year’, Sarawak offshore project now faces an uncertain future amid budget blowouts and state-federal oil disputes with US$1 billion cost overrun

◉ Related