◉ HEADLINES

Kerajaan teliti keperluan tempatkan PDRM di stesen minyak di sempadan: Fahmi

Fahmi berkata inisiatif itu diteliti susulan Jemaah Menteri dimaklumkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengenai beberapa siri penahanan di stesen minyak di sempadan negara

6:40 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Kerajaan hari ini meneliti keperluan menempatkan anggota keselamatan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) di stesen minyak di sempadan negara bagi meningkatkan kawalan keselamatan, kata Jurucakap Kerajaan MADANI Datuk Fahmi Fadzil.

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata inisiatif itu diteliti susulan Jemaah Menteri dimaklumkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengenai beberapa siri penahanan di stesen minyak di sempadan negara. 

“Beberapa aspek melibatkan keselamatan perlu dipertingkat dan Jemaah Menteri sedang mempertimbang keperluan kehadiran anggota keselamatan khususnya anggota PDRM,” katanya pada taklimat krisis tenaga global dan sidang media pasca-Mesyuarat Kabinet di sini hari ini. 

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata agensi peneraju utama bagi tiga sektor dikenal pasti bagi membendung ketirisan iaitu sektor darat akan diterajui KPDN, sektor sempadan oleh PDRM manakala sektor perairan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Sementara itu, Fahmi berkata mekanisme untuk memanfaatkan sistem MyKasih dan penggunaan MyKad bagi tujuan pemberian subsidi termasuk bagi diesel untuk rakyat Malaysia, akan diteliti Kementerian Kewangan (MOF).

“Mekanisme ini akan diteliti oleh MOF dan akan diputuskan di Jemaah Menteri sebelum diumumkan secara muktamad kelak,” katanya.

Berhubung isu yang dihadapi golongan nelayan berkaitan diesel, Fahmi berkata Jemaah Menteri meminta Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dan KPDN meneliti beberapa tindakan susulan termasuk mengenai perbezaan antara harga diesel bersubsidi serta pulangan hasil yang dinikmati dan diterima nelayan.

“Ia mengakibatkan aktiviti menangkap ikan terutama di kawasan pesisir pantai dan laut dalam terkesan,” katanya. – 8 April, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related