◉ HEADLINES

Polis Thailand tahan 3 lelaki Malaysia, rampas 97kg syabu dalam tren

Rampasan itu hasil operasi bersama dengan Kereta Api Negara Thailand dan beberapa bahagian polis bagi membanteras jenayah serta meningkatkan keselamatan penumpang

9:20 AM MYT

 

BANGKOK – Tiga lelaki rakyat Malaysia ditahan di wilayah timur laut Thailand Khon Kaen selepas kira-kira 97 kilogram (kg) methamphetamine jenis kristal dirampas dalam satu operasi bersama di dalam kereta api menuju ke Bangkok, menurut polis pada Jumaat.

Dalam satu kenyataan, Biro Siasatan Pusat (CIB) memaklumkan suspek ditahan selepas pegawai menemui tiga beg pakaian tidak dituntut mengandungi dadah dalam tren yang bergerak dari Nong Khai ke Terminal Pusat Krung Thep Aphiwat di Bangkok.

CIB berkata operasi itu dijalankan dengan kerjasama Kereta Api Negara Thailand (SRT), Bahagian Pencegahan Jenayah dan Bahagian Polis Lebuhraya sebagai sebahagian usaha meningkatkan keselamatan penumpang serta membanteras jenayah dalam perkhidmatan rel.

“Pegawai rondaan pada 8 April mengesan tiga beg besar berwarna hitam berkunci secara kombinasi diletakkan di rak bagasi dalam sebuah gerabak ketika melalui wilayah Khon Kaen.

“Pemeriksaan awal mendapati tiada penumpang mengaku memiliki beg itu, sekali gus mendorong siasatan lanjut,” menurut kenyataan itu.

CIB memaklumkan kakitangan kereta api kemudian mengesahkan tiga lelaki membawa beg itu menaiki tren di stesen Nong Khai, manakala rakaman CCTV mengenal pasti suspek yang kemudiannya ditemui duduk dalam gerabak sama.

Siasatan awal mendapati ketiga-tiga lelaki itu mengaku membawa bagasi berkenaan namun mendakwa tidak mengetahui kandungannya, sebaliknya diarahkan oleh pihak lain untuk menghantar beg itu ke Bangkok.

“Suspek dan barang rampasan diserahkan kepada pegawai penyiasat di Balai Polis Phon di Khon Kaen untuk tindakan lanjut,” menurut CIB. – 11 April, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Worrying number of youth spending 18 hours on social media daily: MCMC 

The Malaysian Communications and Multimedia Commission has drawn attention to the substantial number of young individuals who spend extended periods online, expressing concerns about harmful aspects of specific social media platforms. 

Penang’s shores in peril: a deadly mix of climate change and coastal development”

Rising sea levels, erratic weather, and unchecked development are driving coastal erosion to alarming new heights in Penang, threatening both nature and livelihoods.

PayNet confirms DuitNow QR code transaction fee for merchants starting Oct 1

In a statement on the matter, PayNet, the operator of DuitNow QR, clarified that the fee follows the lifting of a waiver on the merchant discount rate, which is charged based on a percentage of the payment transaction value.  

◉ Related