◉ HEADLINES

Guru dipercayai rempuh pelajar direman dua hari

Perintah tahanan reman itu bagi membolehkan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987

1:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang guru wanita berusia 57 tahun direman dua hari bagi membantu siasatan berhubung kemalangan yang mengorbankan seorang pelajar perempuan di hadapan surau Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjong Mas, Kota Bharu, semalam.

Perintah tahanan reman tersebut dikeluarkan Majistret Wan Mohd I’zzat Wan Abdullah.

Ia bagi memboleh siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam kejadian pada 1.50 tengah hari itu, pelajar berkenaan, Nur Fatimatul Hawa Mohd Azaudin, 13, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas dipercayai dirempuh sebuah kenderaan yang dipandu guru wanita berkenaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Mohd Azmir Damiri, siasatan awal mendapati pemandu kereta berkenaan dipercayai tersalah menekan pedal minyak sebelum terbabas merempuh mangsa.

Seorang lagi pelajar, dilaporkan mengalami kecederaan parah dan sedang dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II.

Sementara itu, bapa kepada Nur Fatimatul Hawa Mohd Azaudin, menyerahkan sepenuhnya kepada polis berhubung kejadian berkenaan.

Mohd Azaudin Abdullah, 43, berkata, dia juga memaafkan guru berkenaan dan reda dengan takdir yang menimpa anaknya dan mereka sekeluarga, lapor Buletin TV3.

“Malah ketika berada di lokasi semalam pun sebaik melihat jasad anak terbujur kaku, saya hanya bertanya siapa yang melanggar anak saya dan guru berkenaan mengaku bahawa dia yang melanggar Fatimatul Hawa.

“Namun saya tidak berkata apa-apa termasuk memarahi dan sebagainya sebaliknya hanya berdiam diri,” katanya. – 13 April, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Worrying number of youth spending 18 hours on social media daily: MCMC 

The Malaysian Communications and Multimedia Commission has drawn attention to the substantial number of young individuals who spend extended periods online, expressing concerns about harmful aspects of specific social media platforms. 

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

◉ Related