◉ HEADLINES

Penyebaran berita palsu, MCMC buka 45 kertas siasatan setakat ini : Fahmi

Semua kertas siasatan itu akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara bagi tindakan lanjut sama ada dikenakan kompaun atau pendakwaan di mahkamah

6:12 PM MYT

 

KUALA NERUS – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah membuka 45 kertas siasatan berhubung penyebaran pelbagai berita palsu di media sosial setakat ini, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.

Beliau berkata, kesemua kertas siasatan itu akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara bagi tindakan lanjut sama ada dikenakan kompaun atau pendakwaan di mahkamah.

“Bagi kesalahan tersebut (menyebar berita palsu), kompaun boleh dikenakan hingga RM250,000, manakala jika disabitkan di mahkamah, pesalah boleh didenda hingga RM500,000 atau dipenjara hingga dua tahun atau kedua-duanya,” katanya kepada pemberita pada Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengerusi Panel Penasihat Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di sini hari ini.

Sehubungan dengan itu, beliau menasihati orang ramai supaya tidak berkongsi maklumat yang tidak pasti dan sentiasa menyemak kesahihan sesuatu berita sebelum disebarkan.

Beliau turut menggesa masyarakat mendapatkan maklumat daripada sumber sahih seperti Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) serta merujuk kepada pengurus NADI atau komuniti MADANI bagi penjelasan lanjut.

Fahmi berkata pelbagai tindakan telah diambil MCMC bagi membendung penyebaran berita palsu di media sosial termasuk mengarahkan penurunan kandungan serta mengenal pasti pemilik akaun dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk dirakam percakapan.

Sementara itu, Fahmi ketika berucap pada majlis berkenaan berkata sebanyak 386 kandungan palsu melibatkan pelbagai isu semasa telah dikenal pasti setakat ini.

“Daripada jumlah itu, 118 kandungan berkaitan isu bahan api, 45 berkaitan tarif elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB), manakala 147 lagi mengenai dakwaan bayaran tol kepada Iran.

“Selain itu, terdapat 15 kandungan fitnah yang mendakwa Malaysia menjual minyak kepada Filipina, dan kesemuanya telah diarahkan untuk diturunkan,” katanya.

Justeru, beliau mengingatkan orang ramai agar tidak sewenang-wenangnya menyebarkan maklumat yang belum pasti kesahihannya. – 13 April, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Harimau Malaya’s wage disparities: a closer look at local vs naturalised player income divide

Salaries for footballers have become a hot topic in the Malaysian football community, as foreign players consistently earn more than local players in their respective clubs.

Government allocates RM5.9b for AI innovation: MCMC to lead national transformation drive

Malaysia is making a major push into the artificial intelligence era, with nearly RM6 billion allocated to strengthen research, development, and innovation in emerging technologies

Could Ronaldinho lace up again? Ravenna move sparks comeback rumours

Serie C club set to clarify deal involving the former Barcelona star in Miami

◉ Related